Wajib baca : Siapa kah orang-orang yang rugi??

Assalamualaikum.



πŸ“ŒKita mengetahui solat berjemaah itu adalah sunnah, mendapat pahala 27 kali ganda dari solat bersendirian. Tetapi ruginya kita masih tidak mampu untuk berjemaah di Masjid atau Surau.

πŸ“ŒKita mengetahui bahawa membaca "Subhaanallaahi wa bihamdihi" sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari kita yang berlalu tanpa kita membacanya sedikitpun.

πŸ“ŒKita mengetahui bahawa pahala dua rakaat solat Dhuha bersamaan dengan pahala 360 sedekah akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukan solat Dhuha.

πŸ“ŒKita mengetahui bahawa orang yang berpuasa sunat kerana Allah satu hari saja akan dijauhkan wajahnya dari api Neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tetapi sayangnya kita tidak mahu menahan lapar.

πŸ“ŒKita mengetahui bahawa siapa yang menziarahi orang sakit akan diikuti oleh 70 ribu Malaikat yang memintakan ampun untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menjenguk satu orang sakit pun minggu ini.

πŸ“ŒKita mengetahui bahawa siapa yang membantu membangunkan Masjid kerana Allah SWT walaupun hanya sebesar sarang burung, nanti akan dibangunkan sebuah rumah di Syurga untuknya. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan Masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit. 

πŸ“ŒKita mengetahui bahawa siapa yang membantu ibu tunggal dan anak yatim, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka, atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur. Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat membantu seorang pun anak yatim.

πŸ“ŒKita mengetahui bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Qur'an, baginya sepuluh kebaikan dan satu kebaikan akan di lipat gandakan sepuluh kali. Tetapi sayangnya, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Qur'an dalam jadual harian kita.

πŸ“Œ Kita mengetahui bahawa haji yang mabrur tidak ada pahala baginya kecuali Syurga, dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya. Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk melaksanakan Haji padahal kita mampu melaksanakannya.

πŸ“Œ Kita mengetahui bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang yang paling banyak solat malam dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meremehkan solat malam ditengah segala kesibukan dan jihad mereka. Tetapi sayang kita terlalu meremehkan sholat malam.

πŸ“ŒKita mengetahui bahawa hari Kiamat pasti terjadi tanpa ada keraguan, dan pada hari itu Allah SWT akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu.

πŸ“ŒKita sering menyaksikan orang2 yang kita kenal dan kita sayangi meninggal mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu hanyut dengan senda gurau dan permainan seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya.

* Sumber: Perkongsian dari group WhatsApp.
* Jika ada sebarang kesalahan sila inform sis ye. So far sis dah semak semua ok je takut ada tersalah pandang. Sama-sama saling menegur =)

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

33 comments:

  1. PERKONGSIAN YG SGT BERMNAFAAT TKSH ANA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat buat kita semua kak πŸ‘

      Delete
  2. Tahu tapi lupaaa. huhuuu sentap sendiri jugak ni hmmmm :(

    Thankyou kak untuk peringatan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peringatan utk diri kak ana sendiri juga πŸ˜…

      Delete
  3. tu la akk ni kekdg tu dok kata kejap2 sampai Dhuha boleh terbabas...terima kasih Ana sebab memberi ingatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dhuha sampai 15 mnt sebelum zohor. Sempat lagi tu kak. Hehe

      Delete
  4. Tahu tapi tak buat ibarat pokok tanpa buah. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sgt betul tu ana. Sia2 je nanti. πŸ‘

      Delete
  5. This is lovely.
    Thanks ana. Love it.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No thanks tuan. Sama-sama berkongsi info. πŸ‘

      Delete
  6. Ya setuju kena ambil peduli.
    Setakat ambil tahu tapi tak peduli lagilah teruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita tak jadi orang2 yg rugi Mrs A. InsyaAllah. πŸ‘

      Delete
  7. Replies
    1. Semoga bermanfaat buat diri saya dan semua. InsyaAllah πŸ‘

      Delete
  8. trbaik... perkongsian yang bermanfaat utk semua.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan sis πŸ‘

      Delete
  9. Hadduhhh, tersentak jiwa raga hati jantung limpa sy πŸ˜‚ Sentap baca 😒 Peringatan yg bagus kak Ana πŸ˜„πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan org dekat sini. Makan dalam betul. πŸ˜…

      Delete
  10. Terima kasih untuk perkongsian ini, sangat bermakna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat buat kita semua. InsyaAllah πŸ‘

      Delete
  11. Alhamdulillah, perkongsian yg bermakna...Semoga dapat praktikkan dalam kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan Mai. Sama2 perbaiki diri ke arah yg lebih baik 😘

      Delete
  12. Kan.....kita selalu ambik mudah hal hal macam ni walaupun kita tahu banyak ganjaran pahala yg Allah sediakan...
    Sombongkan kita ni Ayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana tah datang Ayu....Ana...sorry ye hihi....nampak A terus tulis Ayu pulak

      Delete
    2. Eh takpe kak. Takde masalah pun. Biasa lah tu. Ana pun pernah juga mcm ni. Hehe. Don't worry 😘

      Delete
  13. Perkongsian yang bermanfaat. Great reminder 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat buat kita semua Cik Epal 😘

      Delete
  14. Replies
    1. Reminder for myself too Uyul. Bila kita share sedikit sebanyak kita dpt kuatkan ingatan ketika kita menaip kan. 😘

      Delete
  15. Replies
    1. Mudah-mudahan bermanfaat Unni buat kak ana dan rakan2 semua 😘

      Delete
  16. tq kak ana. perkongsian yg sngt bermakna :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bermanfaat buat kita semua. InsyaAllah πŸ˜‡

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤