Tempat Menarik di Putrajaya : Cruise Tasik Putrajaya

Assalamualaikum.


Bagi warga kota KL dan Selangor yang tak tahu nak bawa keluarga ke mana untuk aktiviti hujung minggu, sis suggest korang ke Putrajaya. Banyak tempat-tempat dan aktiviti menarik yang boleh di lakukan di sana dan salah satunya ialah menaiki cruise di sepanjang Tasik Putrajaya.

Sumber : SINI
Sebanyak 19 check point yang sangat cantik akan di lalui sepanjang naik cruise tu dan di antaranya ialah Masjid Putra, Masjid Besi, Jambatan Seri Warisan dan Marina Putrajaya.





Part yang paling sis suka masa cruise ni ialah kita boleh keluar ke depan atau naik atas bot untuk menikmati pemandangan di sepanjang Tasik Putrajaya tu. Seronok sangat. Terasa macam naik kapal pelayaran pula rasanya. Hehe.


 

 
Perjalanan untuk pusing satu Tasik Putrajaya memakan masa sekitar 40 minit. Pada awal cruise tu akan ada penerangan dari staff cruise berkenaan setiap bangunan dan jambatan yang kita lalu. Sambil berseronok sambil dapat info tambahan.

 

Harga pula untuk seorang dewasa ialah RM30 manakala untuk kanak-kanak dan pelajar RM20 seorang. Kalau datang dengan keluarga yang ada anak-anak ramai better amik pakej keluarga sebab boleh jimat banyak.

Sumber : Google
Sis dah berseronok ronok naik cruise ni. Harga pun berpatutan. Korang bila pula?? Dah boleh dah tu plan ke Putrajaya lepas ni. Bawa anak-anak, mak ayah, adik-beradik berbonding time atas cruise gitu. Agak-agak lapar lepas naik cruise boleh ke Alamanda pula. Kita JJCM pula. Hehe.

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

25 comments:

  1. Menarik ni. Last pegi putrajaya masa trip darjah 6 dulu. hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sungguh tak pergi putrajaya tu Mai. Boleh lah nanti lepas convo singgah ke sini kejap. Celebrate convo atas cruise 😍

      Delete
  2. Dah lama tak pegi Putrajaya 😂 Last x silap tahun 2012. InsyaAllah ada rezeki nak pi lagi nak naik cruise 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi jgn tak pergi. Boleh baik belon tu sekali. Kak ana tak sempat nak naik hari tu. 😊

      Delete
  3. cantik la gambar sis...
    takut la pulak nak naik cruise..cruise pulak senget sebab Ari terlebih muatan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kelakar lah komen ari ni. Don't worry, InsyaAllah tak kan senget punya. Nanti plan lah naik cruise di Putrajaya 😘

      Delete
  4. Tak pernah lagi naik cruise kat Putrajaya. Menarik jugak ni....bolehlah nanti isi masa terluang hujung minggu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best lah juga sis. Kalau duduk area KL -Sel patut cuba naik cruise ni. Sesuai utk aktiviti sekeluarga pada hujung minggu 😘

      Delete
  5. Tak pernah lagi naik cruise dekat sini. Dah lama tak pergi Putrajaya 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah cuba lepas ni cik Epal. dekat je tu. 😊😊

      Delete
  6. Nice sharing.. akak pun tak pernah cuba cruise ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah cuba lepas ni kak. dekat je tu. seronok juga 😊😊

      Delete
  7. Replies
    1. nanti kalau dtg KL boleh lah singgah Putrajaya. try naik cruise keliling tasik putrajaya pula.😊

      Delete
  8. Replies
    1. Best sangat. Nanti kalau turun KL boleh lah singgah sini. 😘

      Delete
  9. Bestnya ana. Belanjaa please. Hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki nanti Ana belanja Reen ye. Sama2 naik cruise. 😘

      Delete
  10. Tak pernah naik cruise nie walaupun dah gi Putrajaya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh lah cuba Sha. Mesti Amani dan Imani suka. Amik pakej keluarga tu. Jimat lagi 😘

      Delete
  11. best la.. boleh jugak bw famili fiza cuba naik cruise nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best juga. cuba lah fiza bawa family ke sini. jalan2 di Putrajaya 😘

      Delete
  12. bestnya,Last naik time datim dulu... hehhe. nnti nak bawak anak2 pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena bawa anak2 pula Miz. Mesti dorang happy dapat naik bot 😘😘

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤