Penat berusaha tapi rezeki tetap sempit. Salah siapa??

Assalamualaikum.



Karya : Dr. Huda Bt Dato' Haron


📌 Bukan rezeki yang sempit, mungkin sedekah kita yang masih semput.

📌 Bukan rezeki yang sedikit, mungkin kita yang kuat mengungkit.

📌 Bukan rezeki yang kelat, mungkin maksiat kita makin melarat.

📌 Bukan  rezeki terputus-putus, mungkin kita gemar berkeluh kesah dan merintih.

📌 Bukan nikmat yang kurang, mungkin terima kasih dan syukur kita yang tersangat jarang.

📌 Bukan hidup tidak tenang, mungkin solat kita  culas, cacat dan terbelakang.*

📌 Bukan rezeki yang tidak cukup, mungkin Al-Quran kita jarang buka apalagi baca. Kelas ngaji, talaqqi pun tak pergi, nak hafaz pun jauh sekali, jauh panggang dari api.

📌 Bukan rezeki yang payah, mungkin kita kedekut berdoanak zikir pun asyik lupa, makin sombong dan makin angkuh mendabik dada.

📌 Bukan rezeki yang menyimpang sesat kerana sesungguhnya rezeki tak pernah salah alamat.

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

58 comments:

  1. Waalaikummusalam Ana..rezeki tak pernah salah alamat tp salah kita sendiri kan yg sering alpa..semoga kita lebih beringat dan mengingati dan dimurahkan rezeki...InshaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. selalu lupa untuk bersyukur dah jadi sebati dalam hidup kita tanpa kita sedar. =(

      Delete
  2. perkongsian yg baik ni ana.. Kengkadang kite lupa dan terleka dgn duniakan sampai lupa nk buat kebaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedangkan kebaikan tu ada pelbagai cara untuk di lakukan =(

      Delete
  3. Ambil masa...muhasabah diri..bila apa yang diusaha kurang menjadi pasti ada yang perlu diperbaiki..insyaAllah..terima kasih Sis..suka PC bila ada yang sering mengingatkan..boleh perbaiki diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. muhasabah adalah yang sebaiknya. mungkin ada banyak yang kita lepas pandang dalam mengejar nikmat dunia ni.

      sama-sama saling mengingati PC. semoga bermanfaat buat kita =)

      Delete
  4. thanks atas perkongsian ana... mmg rezeki ada dimana-mana dan tidak salah alamat...cuma kita yang selalu lupa dan taknak berusaha mencarinya... kena muhasabah diri dan berusaha...insyallah ada rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nak berusaha tu memang tidak patut ada dalam diri kita. memang seharusnya kita berusaha terlebih dahulu kemudian berdoa dan bertawakal padaNya. Kerana Allah suka hamba2 yang bertawakal kepadaNya selepas berusaha sehabis baik. =)

      Delete
  5. Good sharing ana atas peringatan ni.. kadang2 kita terlupa kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sering terlupa Dilah. Bila share entri macam ni buat ana sendiri tersedar dan tersentak. kena banyak muhasabah diri kita =)

      Delete
  6. Yes rezeki tak pernah salah alamat, lambat atau cepat je. Sebab nak tengok sabar ke tidaknya kita, kan? Subhanallah. Alhamdulillah. Syukur segalanya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan bersabar je pun dah boleh dapat pahala. tapi tu lah kita ni susah sgt nak bersabar. semua nak cepat sedangkan kita tak tahu hikmah di sebalik semua yang di aturkan untuk kita. =(

      Delete
  7. Teringat ayat2 dalam Surah Al-Fajr. Manusia selalu rasa Allah tak sayang dia bila dihimpit kesempitan rezeki. Setuju jugak part kita kena muhasabah diri mana kurangnya amalan kita. Dan pada masa yg sama jugak, hmm benda yg kita susah nak apply ialah bersangka baik dgn ujian masa tu. T_T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedangkan dengan ujian dan dugaan tu lah tanda Allah sayang pada kita kan hanis.

      Pada zaman para Nabi dan sahabat mereka paling risau bila takde ujian menimpa mereka. Mereka tertanya2 apa dosa mereka sehingga Allah tidak menurunkan ujian pada mereka. Allahu Akbar.

      Kita zaman sekarang makin banya nikmat makin gembira. Takde rasa risau sikit pun =(

      Delete
  8. Replies
    1. semoga bermanfaat buat kita semua ye JU <3

      Delete
  9. Replies
    1. semoga bermanfaat buat kita semua mudah-mudahan =)

      Delete
  10. yg last sekali tu bkn sepatutnya "tak pernah salah alamat" hehehe

    thanks for sharing ne kak. teguran utk kita2 semua yg selalu leka ne :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Fae atas teguran. typo selalu kak ana ni. hehe.


      semoga bermanfaat buat kita semua yang sering terleka ni Fae. =(

      Delete
  11. Replies
    1. Sebenarnya, nak hashtag sentap juga... Allah... 😢

      Delete
    2. Biar sentap skrg dear.Jgn sentap kemudian hari. Menyesal tak sudah kan. Sama2 kita muhasabah diri sendiri 😘😘

      Delete
  12. betul tu ana, arezeki mmg xpernah salah alamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau rezeki tu bukan untuk kita maksudnya itu bukan yang terbaik untuk kita. ada yang lebih baik sedang menunggu. insyaAllah =)

      Delete
  13. Replies
    1. Makan dalam kan Amer. Tersentap hati kak ana ni =(

      Delete
  14. Dia tak pernah salah alamat tapi penghantar rezeki nak tengok kita terima atau tak ketentuan Dia.. kan kak.. :I

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly. Sabar dan berlapang dada tu kunci dia. Semoga kita semua dimurahkan rezeki yang baik dan halal. Ameen. 😘😘

      Delete
  15. Perkongsian yg mantap Ana, terus menusuk ke dalam hati..
    Begitulah hakikatnya.. 😢

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum tertusuk ke hati LZ ayat2 ni dah tikam hati ana dulu. Terduduk di buatnya. Semoga lepas ni kita akan berusaha jadi hamba yang lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah. 😘

      Delete
  16. Good sharing Ana.. Rezeki tak pernah salah alamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak. banyak atau sedikit rezeki yang kita terima itulah yang terbaik untuk kita 😘😘

      Delete
  17. Nice sharing kak ana. Jika dah tetap banyak itu rezeki kita bersyukurlah apa adanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebetulnya. bersyukur sentiasa atas setiap rezeki dan nikmat yang dikurnikan dan berlapang dada atas ujian dan musibah yang menimpa 😘

      Delete
  18. Replies
    1. makan dalam dah ni hernee. tersentap ana di buatnya

      Delete
  19. Replies
    1. semoga kita sentiasa berusaha menjadi hamba yang baik dari sebelumnya. insyaAllah.

      Delete
  20. REZEKI TAKKAN PERNAH SALAH ALAMAT . ALLAH DAH ATUR SETIAP REZEKI UNTUK PERJALANAN HIDUP KITA , KITA SEBAGAI HAMBANYA PERLU BERUSAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. berusaha, doa dan tawakal. insyaAllah sesuatu yang terbaik untuk kita akan sampai tepat pada waktunya.

      Delete
  21. Bukan lagi salah rezeki, semak balik diri sendiri. Thanks kak ana for this entry. Kadang2 kita tak perasan kan 😫

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki tu tak salah langsung. salahnya pada diri sendiri. kena muhasabah selalu. check di mana silap kita kan Syed. lumrah manusia mmg selalu lupa.

      Delete
  22. muhasabah diri... sentiasa bersyukur...

    psssttt... terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #29. Blog ini tersenarai di http://www.mialiana.com/2017/04/senarai-url-blog-29.html . Pemenang akan diumumkan pada 19/4/2017. (^_^)

    - Mia Liana

    ReplyDelete
  23. Deep 😢

    Bukan rezeki yang lambat mengetuk, mungkin sebab niat sedekah kita terpesong

    Allahu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedekah dah la jarang kita buat lepas tu mengeluh selalu. sombong dan takabur pulak. nauzubillahiminzalik.

      Delete
  24. Part last tu. Suka.
    Sentiasa bersangka baik dengann Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang seharusnya kerana Dia sebaik2 perancang 😘😘

      Delete
  25. Atau mungkin jugak sebenarnya, kita dah dikurniakan rezeki yang banyak tapi kita je yg tak perasan. Sebab kita selalu pandang rezeki tu duit yg banyak je. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki dpt bernafas, dapat melihat, rezeki masih dipanjangkan umur, rezeki di beri kesihatan yang baik. semua pun rezeki kan. kena sentiasa bersyukur seharusnya kita ni.

      Delete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkongsian yang baik Kak Ana, terima kasih kerana mengingatkan saya yang adakalanya terlupa dengan akhirat tapi hanya leka dengan duniawi... ;(

      Delete
    2. Lumrah manusia tu memang selalu lupa. Jadi kena lah kita saling mengingati sesama kita 😘

      Delete
  27. Suka part rezeki tak pernah salah alamat tu :)
    Bila datang masa susah dan sempit, mungkin kita perlu duduk dan semak balik dimana silapnya, bukan mengeluh sahaja..huhu

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤