I Love Blogging With Sis Hawa & Her Sponsors

Assalamualaikum.

Klik banner untuk join

Soalan wajib jawab :

Tulis secara ringkas apa yang menyebabkan anda berasa seronok untuk terus menulis blog.

Perkara yang paling sis suka dalam menulis blog ialah apabila pengalaman dan informasi yang sis kongsi sedikit sebanyak dapat memberi manfaat pada semua.  Bukan tujuan untuk menunjuk-nunjuk sama sekali kerana idea asal untuk berblog ni seperti yang sis pernah bagitahu di SINI adalah sebagai e-Dairy untuk bacaan anak cucu.

Selain tu seronoknya berblog ni sebab dapat kenal ramai rakan-rakan blogger yang sangat supportive.  Rasa macam dah kenal lama giler berbanding dengan rakan-rakan sedia ada. Ko post lah apa pun dekat blog ke,  IG ke,  FB ke ada je geng-geng blogger ni yang akan ziarah atau bagi like untuk menceriakan hidup korang. Tak caya cuba lah tengok semula. Hehe. 

Dan last sekali perkara yang seronok bila berblog ialah ada pihak-pihak luar yang percaya pada kita untuk mempromosikan produk mereka. Padahal blog kita belum pun setahun jagung. Baru nak keluar tunas. Hehe. Alhamdulillah pada yang memberi kepercayaan. 

Korang macam mana pula? Dah join ke belum? Sempat lagi ni nak join. 






Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

34 comments:

  1. Kan Ana.. Kak Sue pun memula menulis Blog sebab nak kongsi resepi aja, tapi sekarang dah macam dairy la juga berkongsi pengalaman dan macam-macam lagi.. :) Anyway good luck ya Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Sue. Mudah-mudahan perkongsian kita tu memberi manfaat pada semua. InsyaAllah 😘

      Delete
  2. Saya setujuuuuu. hehe

    Goodluck kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sep sikit 🙌.

      Terima kasih Ira 😘😘

      Delete
  3. Hi Ana. Salam perkenalan. Hihi. Saja je kasi gempak kan :D Siqah pun suka dunia blogging sebab berkenalan dengan ramai rakan blogger baik dan tak kedekut ilmu :)

    Good luck Ana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Siqah. Salam perkenalan juga 😅.

      Betul tu. Semuanya sporting dan tak kedekut ilmu. Happy to know them 😘😘😘

      Thanks dear ❤

      Delete
  4. yes dear,i love blogging atas2 sebab2 yang sama dengan ana..congrat for ur blg achiecement ya..more to come rezeki melalui blogging

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. InsyaAllah mudah-mudahan. Semoga rezeki Irda sekeluarga juga dimurahkan ye 😘

      Delete
  5. All the best sis...untuk peribadi sekali gus dapat berkongsi apa yang bermanfaat kepada orang lain umpama serampang dua mata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ayat serampang dua mata tu bunyi macam notty pulak. By the way thanks PC 😘😘

      Delete
  6. Menulis blog tak best sangat tapi yg best baca komen sebab ada yg komen keluar tajuk, ada yg dalam tajuk, ada yang tepi tajuk.

    Yg paling pelik komen yang ber bunyi: nice, thank u for sharing. Apa yg nice pun kita tak tau.

    Kalau terjumpa komen macam tu faham2lah. SEmata2 mereka nak kia kunjung mereka pula.

    Komen saya ni keluar tajuk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. komen macam2 tu memang selalu jer ada tapi saya ok je. mereka dah sudi singgah blog ni pun saya dah happy dah. hehe

      Delete
  7. Good luck! AS.

    Setuju dengan semua point AS tu terutama e-diary tu :-)

    ReplyDelete
  8. Hakak bagi chancelah kat adik adik join GA Ana. Akak ni dah kilauan jadi pemerhati jadiklah hihi...

    Mmg seronok bila baca entri dan komen lama lama. Semuanya terimbau balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi kilauan tu yg mahal kak. Hehe.

      Betul tu. Bila baca teringat semula semua memori lama2. Kalau tak tulis mungkin tak ingat lgsg dah 😘

      Delete
  9. Replies
    1. Thanks Reen. Mango cheese cake jgn lupa collect. hehe 😘

      Delete
  10. SA pun suka menulis, lebarkan network dan suka ada ramai kawan dalam media sosial..berkongsi cerita dengan readers adalah perkara paling indah dalam dunia dan bila readers follow dan bertemu muka..lagi seronok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Nanti ada rezeki nak jumpa kak SA depan2. Happy bila dpt bersua muka kan. 😍😍

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤