Jalan-jalan di Terengganu : Masjid Terapung @ Masjid Tengku Tengah Zaharah

Assalamualaikum.



Lepas puas bergambar di buaian ala Lombok di Pantai Batu Buruk, sis terus ke Masjid Terapung atau lebih di kenali sebagai Masjid Tengku Tengah Zaharah. Bajet nak solat dhuha lah sebentar dekat sana sekali tak boleh nak masuk sebab tengah ada kursus haji. Orang punya ramai sampai berdiri di luar pintu. Padat sepadatnya.





Alang-alang dah sampai, sis jalan-jalan dekat luar tu kejap. Kebetulan ada bakul jual makanan ikan, so sis beli lah 2 paket untuk Syafi bagi ikan makan. Sambil-sambil tu tumpang telinga dengar kursus tu sekali. Layan juga dengar ceramah tu sebab speaker guna bahasa Ganu. Molek je dengar. hehe.





Untuk pengetahuan semua, Masjid Tengku Tengah Zaharah ini dinamakan bersempena dengan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini juga di kenali sebagai Masjid Terapung kerana ianya dibina di atas air di muara Sungai Ibai. Sekaligus menjadikan ia masjid terapung terulung di Malaysia.



Masjid ini di bina berkonsepkan ciri-ciri tamadun Islam dan senibina tempatan dan terdapat menara setinggi 30 meter, sebuah kubah dan lima wakaf yang boleh memuatkan kira-kira 1,000 orang pada satu-satu masa. Tidak kurang hebat juga kan.



Sumber : Wikipedia

Tak jauh dari Masjid Terapung ni ada Equestrian Park dan lagun kecik untuk berkayak. Sebelum pulang ke hotel sis singgah kejap nak bagi Syafi tengok kuda. 



Dari dalam kereta nampak kuda bukan main excited,  bila dah bawa depan-depan mata kejung terus badan tu. Hehe. Semua benda pun dia takut.



Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

63 comments:

  1. Faham ke tidak sis dengar ceramah bahasa ganu tu? hehehe. Syafi patutnya naik kuda tu pusing2 baru syiok :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Faham sungguh lah Ira. Kalau dia guna bahasa ulu baru lah kak ana tercengang2.hehe.

      Budak kecik ni semua pun dia tak berani. Buatnya dia melalak kuat2 nanti bikin malu saja. hehe πŸ˜…πŸ˜…

      Delete
  2. salam bw... jengah2 pagi... bestnya dapat g jalan-jalan... liez lama tak jln2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jalan pun sebab nak attend wedding sedara mara. kalau tak, duduk rumah saja Liez πŸ˜…

      Delete
  3. Siqah pernah sekali pergi sini. Lama sangat dah rasa tak berjalan ke Terengganu. Cantik masjidnya. Putih bersih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid ni dekat sangat dengan rumah makcik suami. Kalau dulu balik raya mesti solat sunat aidilfitri di masjid ni 😘😘

      Delete
  4. Replies
    1. InsyaAllah sampai rezeki awak ke sini nanti 😘😘

      Delete
  5. Bestnyaaa ana .. selalu jalan2 .. tak pernah lagi nak sampai sini hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kali ni blk sebab attend wedding sedara mara wani. lagi pun dah lama tak ziarah tok dekat kg ni.

      insyaAllah sampai rezeki wani ke sini nanti 😘😘😘

      Delete
  6. Cantiknya Ana Masjid Terapung nie.. kalau ada rezeki nanti Kak Sue teringin nak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. masjid dia tak besar mana pun kak kalau nak banding dengan masjid yang lain dekat sini. cuma yang menariknya masjid ni di bina di atas muara sungai Ibai. tu yang nampakkan dia cantik dan unik.

      InsyaAllah kak, sampai nanti rezeki akak ke sini 😘😘

      Delete
  7. Suka tengok semua gambar yang Kak Ana ambil...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih PC 😘😘

      Delete
  8. Bestnya kak ana. Kinah tak sampai lagi ke Ganu ni. Next plan in sya Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sampai rezeki awak ke sana nanti. banyak tempat menarik boleh pergi di Terengganu ni 😘😘

      Delete
  9. Hari tu g ganu tak smpat pusing smua tmpt. Kena repeat g lagi ni.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena duduk sini 3-4 hari baru boleh explore semua tempat menarik di sini. Tak termasuk pulau2 lah Reen. Next time kalau ke sini lagi boleh lah pusing satu negeri terus 😊

      Delete
  10. Mek penah singgah sini ;) Dalam air tu ade ikan todak ;) Dulu sebelum taman tamadun islam tu ade, kat sini lerr tmpat singgah sembahyang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time ana singgah hari tu ada ikan kecik2 je mek. lepas tu kolam dia tak berapa terjaga. sampah sarap banyak dalam tu. geram je tengok 😊😊

      Delete
  11. tanjat sy mkanan ikan tu ingt RM100, tak nmpk titik hahah Rm1 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm100 tu nak bagi makan ikan duyung boleh la awak. hehe. 😘😘

      Delete
  12. Cantik masjid tu.. Teringin nak pegi tapi akan datang la kot.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti sampai rezeki awak ke sini juga 😘😘

      Delete
  13. Husniey tak pernah singgah ke Equestrian Park tu.. Ana kena bayar tak nak masuk ke situ?
    Nak jugak tengok kuda dan kawasan situπŸ˜‚

    Tapi sini hari minggu Jumaat Sabtu jeng jalan. Malas jadinya nak keluar, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ana pergi ni takde bayaran apa2 pun. Boleh terus tgk kuda2 dekat sana. Pergi waktu pagi lah Husniey. Takde org pun masa ana pergi tu.😘

      Delete
  14. Sis cantik sangat gambar sis tangkap...pakai kamera apa sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Handphone je dear. Oppo dan Samsung 😘

      Delete
  15. cantik masjid ni.. saya blm sampai lagi ganu.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti sampai juga rezeki awak ke sini 😘😘

      Delete
  16. sekali tengok macam RM100 je makanan ikan tu, mewah la ikan kat situ, siap beli 2 peket lagi, sambil fikir-fikir baru nampak titik tu, :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal sgt kalau rm100 tu. Lain lah kalau dpt bagu ikan duyung makan. Baru berbaloi. Hehe 😊

      Delete
  17. Rasanya dah pernah singgah masjid ni, tapi lama dulu. Kalau tak silaplaa. Banyaknyaa ikan~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah tu rasanya. Masjid ni dekat tepi muara Sungai Ibai je. Dari jalan utama dah boleh nampak. 😘😘

      Delete
  18. Rindu nak pergi sini. First time pergi masa zaman budak budak memang teruja kononnya masjid memang betul2 terapung hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Padahal di bina atas air je kan. 😘😘

      Delete
  19. cantik betul masjid dan pemandangannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid-masjid di Terengganu kebanyakkannya cantik2 belaka sis 😘😘

      Delete
  20. Singgah sini... dah lama tak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah lepas ni datang ke sini lagi ye sis 😘😘

      Delete
  21. Rindunya datang sini.. view dia tu lawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh lah plan trip ke pantai timur pula Unni. Pergi jalan2 dan makan2 😍😍

      Delete
  22. Suka sangat part bagi makan ikan kat masjid tuh.. Banyak sungguh ikannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Syafi pun suka sgt. Bukan main excited dia Sha πŸ˜ŠπŸ‘Œ

      Delete
  23. cantiknya masjid tu..belum pernah pergi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti sampai rezeki anum ke sini 😘😘

      Delete
  24. Bestnya jalan2 kak! masjid tu memang cantik :')
    Kenapa tak bagi je syafi tu naik kuda? hahaha ke tak boleh naik?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syafi penakut. Tgk dekat2 pun dah menjerit apa lagi kalau naik kan. πŸ˜…

      Delete
  25. Replies
    1. Alhamdulillah. Balik kampung je tu Ju ada wedding saudara di sana 😊😊

      Delete
  26. bestnya. terenggganu ni salah satu negeri yang sha takpernah pergi tapi teringin nak pergi huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti sampai juga sha ke sini. Ronda satu negeri tau. Pulau2 jgn lupa sekali 😍

      Delete
  27. cntik masjidnyaaa. suka busyra tngokkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik juga Busyra. Banyak masjid yang cantik dekat Terengganu ni 😍

      Delete
  28. Masjid terapung sejuk mata memandang :-)

    ReplyDelete
  29. ganu sy lom sampai lg. tp ganu jd pilihn my mom & geng buat lawatan guru2 πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki nanti jalan2 lah ke Terengganu 😍

      Delete
    2. insyaAllah, ameeen πŸ˜„

      Delete
  30. Replies
    1. Kampung MIL dekat Terengganu cikLa. Nak tak nak kena lah balik juga πŸ˜…

      Delete
  31. Replies
    1. Boleh lah lepas ni bercuti di Terengganu. Banyak tempat boleh pergi. Nasi dagang dan kepok lekor jgn lupa juga 😍

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤