Tempat Menarik di Pahang : Sara Thai Kitchen dan Pantai Sepat

Assalamualaikum.



Kalau sebut jalan-jalan cari makan di Kuantan rata-rata akan sebut tentang kesedapan mango cheese cake di Kulacakes. Memandangkan sis dah penah rasa mango cheese cake tu dan time sis sampai di Kuantan tu waktu makan tengahari, jadi sis ke satu lagi tempat makan yang tak kurang popular juga iaitu Sara Thai Kitchen. 

Dah nama pun Thai Kitchen sudah semestinya makanan yang di sediakan ialah masakan negara Thailand. Dengar kata pulut mangga dan siakap stim dekat sini terbaik. Moh ler kita cuba.

Sementara tunggu makanan siap kita wefie dulu lah yer. Nampak tak kedai tak buka sepenuhnya lagi sebab time sis sampai kedai baru jer nak buka. Kiranya sis pelanggan yang pertama untuk hari tu.


Susun atur dalam kedai. Kemas dan teratur. Dekat sebelah tu ada raungan berhawa dingin tapi macan tutup je. 




Yeahhh makanan dah sampai. Sebelum tu amik gambar dulu untuk blog tersayang. Ehhh doa dah siap-siap baca dulu naaa. 





Pulut mangga dekat sini memang terbaik. Sis siap tapau bawa balik KL lagi. Tapi siakap stim dia tak berapa nak kena dengan tekak sis sebab rasa pedas dan masam yang agak kuat. Selalunya siakap stim masam dia dari asam boi tapi yang ni dari perahan limau nipis. Masam dia lain macam sikit. Lepas tu tu pedas pulak. Hilang rasa manis ikan siakap tu. Lepas tu dah tak boleh nak bagi si kecik makan. Menu lain macam kerabu mangga, ayam goreng kunyit, sotong goreng tepung dan kailan ikan masin pun biasa-biasa jer rasa dia. Sama macam dekat kedai masakan Thai yang lain. 

Dari Sara Thai Kitchen sis singgah sekejap di Pantai Sepat untuk amik angin laut sebelum balik ke KL. Sis ke sana dalam pukul 2 petang macam tu jadi orang tak ramai pun. Selesa sikit. Cantik juga Pantai Sepat ni. Kalau ikut hati nak jer duduk lama-lama tapi memikirkan kejar masa tak boleh lah nak layan jiwang sangat.





Lepas ni kalau ke Kuantan sis nak ke Teluk Cempedak pula. Kali terakhir sis pergi tahun 2011. Masa tu jambatan dekat tepi tu tak elok lagi. Dengar kata sekarang dah semakin cantik. Boleh lah plan ke sana pula. 

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

35 comments:

  1. Kebetulan saya memang ada dekat kuantan ni bolehla pergi Sara Thai tu! hehe memang TC lagi cantik dari pantai sepat tu. sekarang dah ada kepsi, mekdi semua dah. dulu mana ada lagi kak time 2011 (ataupun baru ada time tu entah la haha).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time 2011 tu takde benda tu semua pun. Nak lepak makan2 pun takde tempat. Tak macam sekarang. Tu yg kak Ana teringin nak ke TC tu. 😊

      Delete
  2. Lama dah tak makan2 dekat sara thai.. berjaman.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah ni mesti selalu ke sini kan. Boleh lah singgah lagi nanti 😘

      Delete
  3. Wahh. Mengancamnya pulut mangga tuu. Dulu belajar kat Kuantan setahun, tapi tak sempat nak jalan2 pun. Zaman matriklah katakan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau ada rezeki Ana ke Kuantan lagi boleh lah singgah sini pula 😘

      Delete
  4. nampak sedap.boleh la singgah nnti.kula cakes pun tak pernah pegi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah singgah 2-2 tempat tu. Tak rugi cuba. Ana ikan bakar pun famous di Kuantan tp sis tak sempat lagi nak merasa 😍

      Delete
  5. Adik ipar PC ada kat Pahang..bila bila datang rumah dia boleh la PC singgah jedai makan ni..tertarik pulut mangga tu..alahai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah cuba PC bila ke Kuantan nanti. Mana tau kena dengan selera PC kan. 😘

      Delete
  6. Kuantan, mesti cari ikan bakar dulu... pulut mangga saya tak pernah makan.... nanti nak cuba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana ikan bakar yang terkenal di Kuantan tu. Nanti cuba lah rasa pulut mangga. Sedap sebab pulut tu bersantan lepas tu makan dengan mangga 😀

      Delete
  7. Dh lama bejaman tak singgah Kuantan.
    kalau ke pantai timur pun ikut highway aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni boleh lah singgah semalam di Kuantan jalan-jalan 👍

      Delete
  8. Terus rasa teringin nak makan manggo la pula :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahhhh kena cari lah macam ni. kalau dekat KL boleh dapat dekat Hayaki dear :)

      Delete
  9. Cantiknyaa pokok kat Pantai tu, ada buai lagii 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best pulak rasanya Husniey. Main buai sambil di sapa angin laut. Kalau boleh nak duduk lama2 dekat sana. 😘😘

      Delete
  10. Wah ke Kuantan pula saya kali ni, travel dengan blog Kak Ana je setiap malam, hahaha.

    Menggigil lah tengok pulut mangga tu,,,,alamaaak sedapnyaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ana pula hari2 update ilmu blog dekat blog Mai. Dapat info banyak sgt. 😘😘

      Alamak, kena cari lah pulut mangga lah macam ni ye Mai. Tak pun buat sendiri. 😘

      Delete
  11. lama gak tak ke kuantan, pantai sepat tu macam tak pernah dengar. jakun jugaklah saya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu dekat Kuantan yang terkenal Teluk Cempedak dia kan. Pantai Sepat ni tak berapa ramai yang dtg maybe sebab tak tahu kot. Nanti kalau ke Kuantan boleh lah singgah. 😘

      Delete
  12. lama dh tak pergi Kuantan last tahun 2010 rasanya...nak buat trip pantai timur tak menjadi lagi...selain sibuk dan bila cuti panjang jer teringat nak tempuh kesesakan..aduhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak pergi weekend + hari Isnin. InsyaAllah jalan tak sesak. Moh ler buat trip ke Pantai Timur pulak. 😘

      Delete
  13. Kakak siqah tinggal kat Kuantan. Siqah suka Pantai Sepat. Cantik! Ada pokok banyak2 ala nami island jugak kat situ. Kena pergi hujung sikit. Siqah ada post pasal pantai sepat kat blog. Hehe.

    Siqah tak pernah makan di Kulacakes. Teringin sangat! 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan Pantai Sepat ni. Pokok2 dia tu buat lagi cantik kawasan tepi pantai tu. 😘

      Nanti boleh lah cuba mango cheese cake yang famous dekat Kuantan tu. Mana tau Siqah suka kan. 😍

      Delete
  14. menggodanya mempelam yang elok ja dipotong tu. nyumm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mempelam tu subjek utama. Takde dia tak jadi pulut tu. 😘

      Delete
  15. Lama anis tak pegi TC..! Pulut mangga tu paling menggoda.. Q_Q

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana pun sama. Next time nak ke TC lah.

      Nanti kalau Anis ke Kuantan cuba lah rasa. InsyaAllah puas hati 😘

      Delete
  16. Wahhh bestnya jalan jalan cari makan sambil makan angin jugak.. tengok ke pulut mangga tu terus kecurrrr... banyak jugak tempat menarik kat sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan tempat menarik di sini berkaitan dengan pantai. Pantai sepat, pantai balok, teluk cempedak. 😊

      Nanti kalau wani ke Kuantan boleh lah singgah Sara Thai dah Kulacakes tu. 😍

      Delete
  17. pahang sy lom prnh jejak kaki lagi ke sana 😢 insyaAllah, satu hari nnt 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah satu hari nanti. Explore satu kuantan ye dear 😘😘😘

      Delete
    2. insyaAllah, ameeen 😁

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤