Discover Kedah : Menara Alor Setar

Assalamualaikum.

Kalau tempoh hari sis dah post tentang Masjid Zahir, hari ni sis nak post tentang satu lagi tarikan yang korang wajib singgah bila berada di Alor Setar iaitu Menara Alor Setar. Setakat ni dah 2 kali sis ke sini. Satu sebelah siang dan satu lagi sebelah malam. 


View dari Aman Central
Menara Alor Setar ni sangat mudah di temui kerana ianya terletak betul-betul di pusat bandar Alor Setar atau lebih tepat lagi di Lebuhraya Darul Aman dan berhadapan dengan Aman Central. Dari Masjid Zahir dah boleh nampak dah menara ni.
View dari Masjid Zahir
Kalau korang nak tau, Menara Alor Setar ni merupakan menara telekomunikasi yang tertinggi di dunia dengan ketinggian 165.5 meter. Menara ni juga digunakan sebagai menara pemerhati bagi melihat anak bulan.

Untuk naik ke atas kita akan menaiki "see thru" lif yang terletak di tepi menara. Time mula-mula lif tu bergerak naik, sis rasa gayat lah jugak tapi lepas certain height sis dah okey. Hehe.  
View waktu siang
View waktu malam
Dari atas ni kita boleh melihat pemandangan bandar Alor Setar dan Butterworth. Mengikut info kita juga mungkin dapat melihat Thailand kalau hari cerah. Tapi sis tak perasan pun mana satu area Thailand. Hehe. Ralit duk tengok pemandangan Alor Setar je. 







Dekat bahagian lobi pula ada pameran telefon-telefon lama. Ada beberapa telefon tu yang sis sempat guna. Aish rasa tua pulak tetiba. Hehe. Lupa nak mention,  sebelum kita naik atas nanti akan ada staff yang amik gambar kita untuk di cetak. So kalau rasa nak beli, time turun nanti,  kita pergi jer dekat kaunter gambar tu dan pilih mana satu gambar kita dan cetak. Dah siap bolehlah balik dengan senang hati.
Gambar ni je yang ada.  Next time pergi confirm Syafi dah sama tinggi dengan menara tu. Hehe. 

Discover Kedah : Menara Alor Setar Reviewed by Ana Suhana on February 13, 2017 Rating: 5

20 comments:

  1. Cantik pemandangannya.... bangunan masih tak tinggi2 semua.... memang pemandangan yang terbaik bagi pelancong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dekat KL, bangunan semua tinggi cecah awan ye. 😊

      Delete
  2. Replies
    1. Lawa tapi rak boleh nampak apa2 sangat sha 😊

      Delete
  3. Comelnyaa Syafi. Stp kali baca post akak, seronok tengok dia posing je. Saya ke Kedah jalan2 kat Langkawi je, tempat lain tak pernah pi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm kembang muka Syafi kalau kak Ana cakap ada orang kata dia comel 😅

      Dah lama kak Ana tak pergi Langkawi. Rindu pulak 😘

      Delete
  4. Tak penah sampai lgi sini..hmm..

    ReplyDelete
  5. Banyak kali dah lalu sini tapi setakat ni tak pernah lagi la naik menara ni. cantik juga pemandangan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau lalu lagi singgah la sekali. saja jalan2 tengok pemandangan bandar alor setar dari atas :)

      Delete
  6. Ruginya Mai orang kedah tak sampai sana lagi. Jangan lupa nasi lemak royale kak Ana ,hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat nak merasa Nasi Lemak Royale tu. InsyaAllah next time 😍

      Delete
  7. Ya Allah.. rindunya kedah T^T . AMERZING:https://ameridzuan.blogspot.my/2017/02/why-im-blogging-in-english_14.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuti sem boleh balik kedah ye 😀

      Delete
    2. Hahaha insya Allah. Done following. Kedah for life!!! Hahahaha

      Delete
    3. Amboi. Penyokong setia hijau kuning ni. 😊 Kak Ana done follow back. 👍

      Delete
  8. sy pegi dlm tahun 2012 camtu. harga RM8. skrg dah naik dah. kalau dah lepas tol utara selatan tu, memang dah nampak menara alor setar ni 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga dah naik sekarang ni tapi masih reasonable. Aah dari jauh dah boleh nampak. Senang nak cari 😀

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.