Bercuti di Port Dickson : Avillion Admiral Cove

Assalamualaikum.

Lepas check out dari Grand Lexis kami sambung bercuti di Avillion Admiral Cove yang terletak di Si Rusa.  Comel jer nama tempat dia kan. Hanya 20 minit dari Grand Lexis.


Sementara nak tunggu waktu check in pukul 3, sis pergi lunch dulu dekat kawasan berdekatan. Dalam pukul 2.30 macam tu sis dah sampai di hotel. Nasib baik bilik dah ready dan boleh check in terus.




Bilik sis bernombor 2810. Receptionist tu hanya tunjuk arah lif untuk ke bilik je. Bila masuk lif kami terpinga-pinga nak tekan level mana. Mula-mula tekan level 2 sebab pangkal nombor tu 2. Keluar dari lif tengok takde pulak nombor bilik ni. Ahh sudah.  Yang ada hanya 2210. Pikir punya pikir sah bilik ni di tingkat 8. Nombor 2 tu mesti nombor wing. Sampai tingkat 8 sekali betul jumpa bilik tu. Hehe. 

Syafi masuk-masuk bilik terus melompat atas katil. Berkuak kupu-kupu dia atas tu.  Bukan main happy. Memandangkan bilik yang sis amik ni bilik premium, so bilik sangat luas dan selesa. Harga dalam Rm243 termasuk breakfast. Ada satu katil king dan satu day bed. Dekat tepi almari siap ada sinki lagi. Semua dalam keadaan bersih. Iron pun disediakan. 








Time bergolek-golek tu sempat lah jeling pamplet yang disediakan dekat atas meja. Nampak ada aktiviti fish feeding dan pontoon walk. Boleh lah cuba sebab nak keluar pun tak tahu nak pergi mana. Kalau setakat nak pergi pantai, dekat tepi hotel ni pun ada. 

Di sebabkan aktiviti fish feeding dan pontoon walk tu di buka pada pukul 5 (ada 3 sesi sehari), sis jalan-jalan di sekitar hotel dulu. Syafi panas punggung bila nampak swimming pool. Maaf lah dik,  next time je kita main ye. Semalam dengan pagi tadi dah puas kan berenang.










Harga untuk aktiviti fish feeding ialah Rm5 untuk dewasa dan Rm3 untuk kanak-kanak. Manakala harga untuk pontoon walk pula ialah Rm5 untuk dewasa dan Rm3 untuk kanak-kanak. Just inform dekat life guard dekat swimming pool tu. Nanti dia yang akan bawa kita turun ke pontoon. 




Untuk turun ke bawah, kita wajib pakai life jacket sebab air dekat situ sedalam 17 kaki. Syafi orang yang paling happy. Mana taknya sebuku roti di sediakan untuk bagi ikan makan. Ikan-ikan tu pulak bukan main pelahap. Sekejapan je habis roti-roti tu. 

Lepas habis fish feeding terus ke pontoon walk. Pontoon walk ni aktiviti jalan atas pelantar yang bawa kita ke arah bot-bot yang ada di situ. Tapi kita tak boleh pun naik bot tu sebab orang punya. Pihak Avillion hanya sewakan jer tapak parkir untuk bot-bot tu. Sehari dalam Rm120 harga sewa parking tu. Memang kaya betul.






Ada satu bot tu untuk dijual. Bila dengar harga dia, tercengang mulut sis. 2.5 juta USD ok!! Bukan 2.5 juta RM. Giler dahsat. Macam-macam boleh dapat dengan duit sebanyak tu. Huhu.



Esok dalam pukul 8 sis turun untuk breakfast. Dewan breakfast terletak di bangunan di area swimming pool. Macam-macam menu disediakan. Pilih jer mana nak. Memang puas hati. Sambil makan layan view lagoon.











Lepas breakfast sis jalan-jalan di tepi pantai tengok orang naik jet ski dan banana boat. Kebanyakan yang main tu semua pelancong dari China yang menetap di Avillion. Bukan main happy dorang berendam dalam laut tu. Hehe. 






Dah puas jalan-jalan tepi pantai,  sis balik bilik siap-siap untuk check out. Tak puas pulak rasanya bercuti kali ni. Nak extend memang tak boleh sebab cuti En Suami belum ada lagi. Kena tunggu next time lah nampaknya. 


Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

38 comments:

  1. Seronoknya dapat bercuti bersama-sama keluarga kan... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok sokmo Shikin. Sampai lupa diri kejap.Hehe 😅

      Delete
  2. Huaaaa bestnyaa sis. craving for vacation nihhh ! 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa jangan macam tu. Weekend pun boleh selit2 nak pergi bercuti. Pergi dekat2 jer. 😘

      Delete
  3. lama tak gi ke PD ni..tapi yg leceh tu sesak betul jalanraya tu yg hurmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far saya pergi tak jammed pulak kak. Maybe saya tak keluar jalan kot. Hehe

      Delete
  4. cantiknye! in shaa Allah akhir bulan nie e'in nak pegi Grand Lexis.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enjoy ur day there. Rendam puas-puas. Hehe 😘

      Delete
  5. Replies
    1. Sambung sehari je Jue. Lama2 koyak poket. Hehe 😅

      Delete
  6. Wah bercuti sakan ye... mesti seronok... tapi sesekali duduk hotel sambil dilayan memang best... rasa macam dato datin lak.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang di layan penuh bagai raja si kecil tu. Tak yah pikir apa. Bawa badan je. Hehe

      Delete
  7. cantiknya view dia kak. haritu time nak pergi melaka dah survey dah tempat ni tapi akhirnya pergi AFamosa resort hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi lah nanti. InsyaAllah puas hati. Bilik semua cantik dan bersih. View pun cantik. Boleh lah lepaskan stress 😊

      Delete
  8. cantiknya kawasan dna pemandangan..
    Menu sarapan pun best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la pergi sini nanti Sha. InsyaAllah puas hati. Mesti Amani dan Imani suka 😘

      Delete
  9. Replies
    1. Try la pergi sini nanti. InsyaAllah puas hati. Takut tak nak balik pulak. Hehe

      Delete
  10. Replies
    1. Cantik. Avillion ni ada 2 dekat PD. Boleh lah try check in sini 😘

      Delete
  11. lawanya hotel ni. tempat jalan2 pun cantiknya Subhanallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki sis ke sini. Nanti cubalah ke sini. InsyaAllah puas hati 😀

      Delete
  12. Hehehehe kak ana, cik abg saya askar kat kem sirusa tu la :P Cantik tangga hotel tu, boleh fotoshoot ala2 princess turun tangga. Pool dia pun mengancam. Saya tak pernah tahu ada tempat menarik mcm tu kat PD...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke. Boleh lah ke sini selalu nanti. Hehe.
      Tu namanya stairway to heaven Mai 😊

      Delete
  13. baru tahu PD ada tempat best..selalu klau tak pantai teluk kemang je..huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teluk kemang tu padat sangat dengan orang. Kalau dekat sini dia ada lagoon yang tak berapa ramai orang. Tenteram sikit. 😅

      Delete
  14. Cantiknya tempat ni.. Bestnya akak dapat holiday dengan family..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik juga. Sesuai untuk cuci-cuti mata dan release stress. Nanti cuba lah pulak stay dekat sini 😘

      Delete
  15. seronoknya, boleh consider ni sebab neeza pun tengah survey2 nak cari tempat bercuti, huhu

    www.neezalife.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah cuba dekat sini. InsyaAllah puas hati 😘

      Delete
  16. Xclusive tempat dia.
    Tentu seronok bercuti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak eksklusif dan harga pun berpatutan. Boleh lah cuba nanti WP 😀

      Delete
  17. cntiknya view dia kak anaaaa.. busyra belum smpai ke PD. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti sampai rezeki Busyra dekat sini. Bolehlah cuba check in dekat sini. InsyaAllah puas hati 😘

      Delete
  18. ju suka tgk quality time dgn family ni !!! =D

    ReplyDelete
  19. Fuhhh bila tengok bot-bot tu, teringat seorang vlogger ni bercuti & menginap dalam bot. Teruja membayangkannya :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu high end vacation sis. Saya ni low cost vacation. Hehe. 😊

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤