Bercuti ke Korea : Muree Muslim Food Itaewon

Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-6 Bahagian 2

Lepas kisah sebabak yang berlaku siang tadi membawa ke waktu petang, perut masing-masing dah berkeroncong teruk. Untuk makan malam sis ke Itaewon. Itaewon merupakan satu kawasan yang terdapat banyak mini mart dan restoran halal. So senang lah nak pilih mana-mana restoran halal tanpa was-was. Dekat sini kebanyakkannya orang Pakistan. Nampak jer kita mereka akan bagi salam. Seronok tau perasaan tue.

Sebelum ke restoran Muree, sis dah masuk ke restoran Siti Sarah terlebih dahulu sebab tertarik dengan menu dia yang pelbagai (indonesia / korea / egypt). Sekali bila masuk dan minta menu yang ada hanya nasi goreng, kebab dan a few menu lagi. Korean food langsung takde. Plus keadaan kedai yang tak selesa. So sis decide pergi ke restoran lain. Kebetulan time tue ada satu couple dari Malaysia masuk ke restoran nie so sis bagi menu ke dia sebelum keluar.


Sumber sini

Sumber sini
Tengah-tengah jalan nak cari restoran lain nampak satu pasangan makcik pakcik dari Malaysia (to be exact from Kedah) tengah duduk berehat. Sis pun bagi salam dan tegur-tegur mereka. Tengah tunggu anak-anak yang pergi ke masjid katanya. Mereka tak larat nak pergi sebab jalan dekat sini berbukit. (Sebenarnya ramai je orang kita dekat Itaewon nie. Yang friendly senyum lah ke kita. Kalau tak kita senyum pun tak berbalas. Huhu.)

Muree Muslim Food nie kena jalan sikit jer dari restoran Siti Sarah tadi. Tengok tak ramai orang sis pun masuk. Baru jer melangkah masuk dah di sambut mesra oleh staff dekat sini. So much better dari keadaan Siti Sarah tadi. Keadaan kedai nie pun bersih dan tenang serta tertutup. 


Time nie baru pukul 6 petang.
Ramai jugak orang Malaysia makan dekat sini. Menu dekat sini ada menu Korea dan briani. Time tengah tunggu makanan sampai, sis perasan couple yang sis bagi menu dekat Siti Sarah tue pun masuk ke sini. Sis tegur dorang tanya kenapa datang sini jugak. Jawapan dia sama macam sis bagitau kat atas tadi. Tapi dorang siap kena marah lagi sebab tak jadi makan sana. Haha.

Time nie nampak lengang. Tak sampai 15 minit penuh dengan orang kita jer.
Belakang tue cashier dan dapur. 

Dalam 10 minit makanan semua sampai. Masing-masing makan tak toleh kiri kanan. Kebulur tahap apa ntah. Overall semua makanan dekat sini sedap. Sis memang puas hati lah. Bayaran pun boleh guna kad kredit. Standard harga dekat sini bermula dengan 10k won untuk satu menu.

Beef bulgogi. Ada nasi, sup bulgogi, banchan dan seaweed. 


Bibimbap.
Lepas habis makan dan perut pun dah kenyang, sis ke Seoul Central Mosque untuk solat. Rugi rasanya kalau tak singgah kan. Bila lagi nak dapat datang pun tak tau.


Jalan masuk ke masjid dari arah restoran Muree.
Sampai jer dekat pintu masjid nie sis di sapa oleh ahjussi penjaga dekat sini. Dia tunjukkan sis tempat solat muslimat. Tingkat 4 tau korang. Gigih sis naik tangga ok. Sampai dekat atas konon nak cari tempat wuduk. Sekali tempat wuduk dekat belakang masjid. Haha. Turun naik sekali lagi.


Tersergam indah di atas bukit Itaewon.


Yang nie ruang solat Muslimin. 
Memandangkan badan pun dah letih sis terus balik ke Gh. Nak rest puas-puas untuk aktiviti esok yang tak berapa nak cun.

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

7 comments:

  1. Korea ni dah sangat fofular utk org Msia..toleh kiri..toleh kanan..toleh belakang..toleh depan nampak org kita mostly..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Dekat seoul senang jumpe org kita. Time ana g Jeju tak jumpa sorang pun. Huhu

      Delete
  2. I just went to korea last week. we might have met. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi rasya. I went to korea last oct dear. Now only i have time to post about the trip. :D

      Delete
  3. Tak pernah lagi p korea..teringin jgk

    spitoutkata.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah sampai rezeki awak ke Korea. Sis umur 30 baru dpt pergi. Hehe

      Delete
  4. Teringiñ sgt nak pegi..moga ada rezeki saya nnt

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤