Bercuti ke Korea : U-do Island Jeju

Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-5 Bahagian 2

Lepas puas beronda dan bergambar di Seongsan Ilculbong Peak, sis balik semula ke GH untuk mandi dan bersarapan. Dah siap semua baru check out untuk ke Udo Island. 

Untuk ke Udo Island kita perlu menaiki feri. Tiket feri pulak berharga 5500 won untuk perjalanan 2 hala. Time nak beli tiket tue kena tunjuk passport kita sekali. Perjalanan pula hanya mengambil masa dalam 15 minit jer. Kejap jer kan.

Nota: Kekerapan feri adalah setiap 30 minit dan jadual feri boleh tengok di dalam website.
 
Beli tiket dekat dalam bangunan nie. Nampak sunyi jer kan. Padahal time sis pergi tue sampai kat luar orang berdiri.


One thing yang special tentang feri dekat sini ialah takde tempat duduk disediakan. So kita kena bersila dekat atas lantai  jer. Lantai kayu tau gais bukan lantai simen tue. Kalau tak nak duduk dalam, boleh jer duduk bersidai dekat luar tue tengok laut. Tapi kalau siapa mabuk laut better duduk dalam. Sebab ombak dekat sini agak bergelora. Sis pun time nak amik gambar terhoyong hayang macam hape jer. haha.

Kereta pun naik sekali dalam feri nie





Udo Island nie terletak di utara daerah Seongsan dan namanya di ambil bersempena bentuk pulau yang seperti lembu yang sedang berbaring. Unik kan nama-nama tempat dekat Korea nie.


Nak explore Udo Island nie ada banyak cara. Antaranya dengan amik tour bus, sewa ATV, sewa basikal atau jalan kaki. Nak sewa ATV kena ada IDP tau gais. Kalau tak, tak boleh nak sewa ATV tue. Nak bawa kereta sewa kita sendiri pun boleh. Tapi bila kira-kira kos dia tak berbaloi pulak. So sis amik tour bus jer dengan harga 5k won seorang. Boleh hop on hop off dekat setiap pit stop. Ade explanation dalam bas tue tentang sejarah Udo tapi dalam Korea lah. Buat-buat faham sudah. 


Nie view dekat pit stop pertama. Ada lighthouse dekat atad bukit tue tapi macam biasalah kena mendaki. Penat pagi tadi pun masih terasa so sis jalan dekat bawah nie jer.





Ada dalam 5-6 pit stop kesemuanya tapi sis berhenti dekat 2 pit stop jer sebab tak sanggup nak beratur panjang-panjang tunggu turn nak naik bas.

Nie view tepi laut dekat pit stop kedua. So far takde pulak orang yang mandi laut tue sis tengok. Semua pakat jalan-jalan atas pasir jer.




Dalam sejam lebih jer sis explore Udo Island nie. Nak kena balik ke Seongsan cepat-cepat sebab nak kena drive ke bandar Jeju lepas tue. Check in Gh dekat sana sebab esok pagi nak fly ke Seoul. 

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

9 comments:

  1. Sukalah keadaan dalam feri tu.. Tak ada bangku.. free siting.. hehehe.. tp Sha mabuk laut.. mampu tengok je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana teruja duduk dalam feri tue. Rasa comel jer. Kalau duduk dalam tak rasa sangat sha. Sesuai utk org yg mabuk laut.

      Delete
  2. wah takde seat dalam feri. memang menarik.. sok jugak duduk bersila tu kan. nak baring tidur pun boleh. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak baring kalau tak ramai orang ok lah. Tp selalu ramai je org. Duduk berhimpit2. Nie time pergi tak ramai org lg sbb masih pagi.

      Delete
  3. Best kan explore gitu 😍😍
    Cantik view pantai ~ Husniey ni gila pantaii walaupun duduk dekat je dengan pantaii. Haha 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana pun tak pernah jemu tgk pantai. Boleh jer duduk lama2 dekat tepi pantai tue tanpa buat apa2. 😅

      Delete
  4. Drpd Ana , siqah tahu banyak tempat menarik di Korea selain drpd tempat yang dah popular :)
    Suka view pantai dan laut. Cantik je view 😍
    Menarik idea duduk di lantai je dalam feri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully perkongsian yang tak seberapa dari ana nie bermanfaa buat semua. Sharing is caring orang kata. :)

      Delete
  5. cantik betol pantai tu kan...feri tu bestnya...

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤