Bercuti ke KOrea : Feliz Town Seogwipo

Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-4 Bahagian 4

Memandangkan hari pun dah petang time sis habis jalan di Seopjikoji, so sis decide untuk check in Gh terus. Tapi sebelum tue sis singgah dulu beli roti untuk kudapan malam hari. Bakery shop nie betul2 terletak berhadapan dengan Seongsan Ilchulbong Peak dan satu2 nya bakery shop yang tak gunakan bahan2 tidak halal. Surau pun disediakan di tingkat atas. Info nie sis dapat dari Korean Tourism Organisation KL. Katanya sweet potato bread dia sedap teramat dan jadi igauan orang2 Malaysia yang dah penah beli roti nie dekat sini.

Pic: KTO

Nie lah kedai yang sis maksudkan tue. Masuk2 terus cari sweet potato bread tue dan Alhamdulillah ada rezeki sis. Bau dia memang sedap. Lagi2 tengah hujan dan perut pulak minta di isi kan. Sesuai lah sangat. 3 ketul sekali makan.

Pic: Google. Dua2 roti di atas sis dah cuba. Sweet potato tue memang sedap. Bau2 hangit kulit kentang tue jadi tarikan utama. Rasa dia manis dan sangat lembut. 


Lepas habis shopping sis terus ke Feliz Town yang hanya 10 minit je dari bakery shop nie. Sampai2 jer dekat tempat parking, PIC dekat sana dah keluar sambut sis and the geng. Settle check in dekat reception counter, PIC tue bawa kami ke bilik masing2. Memang sangat mesra orangnya. Rasa dihargai sangat.

Bilik sis di tingkap warna hijau tue.

Parking kereta dekat petak bawah tue.

Buka-buka pintu bilik jer sis terus teruja. Besar wooo bilik dia. Siap ada kitchenette untuk memasak tue. Best sangat. Rice cooker  dan periuk2 semua ada.  Tinggal nak samak jer dengan sabun Taharah. Senang lah nak siapkan makanan untuk malam dan pagi esok.

Dia saja yg control tv! Luas sangat bilik dia. Sis puas hati.

Basic facilities semua ada. +-58k won semalam.

Kitchenette yang lengkap. Tinggal nak samak jer.

Malam tue semua dok pakat masak dekat bilik sis sebab bilik dorang semua takde kitchenette nie. Sis siap masak nasi untuk di goreng esok pagi untuk bekalan anakanda nan sorang. Hati banyak senang. Kalau tak kena guna mini rice cooker yang sis bawa dari sini. 

So gais kalau nak cari Gh dekat area Seogwipo boleh lah try Feliz Town nie. InsyaAllah puas hati.

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

8 comments:

  1. bestnyaa gi korea.. Nurul pun ada angan2 jugak nak gi korea.. tapi tak tahu bile >.<"

    singgah sini
    http://www.syahirahvaliant.com/2016/12/contest-menangi-percutian-ke-suria.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah rezeki sis. nak join jugak contest tue. :)

      Delete
  2. Seronoknya travel negara orang! Nak pergi jugak one day, kalau ada rezeki. Nak jumpa boyfriendsss sana. Haha. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada rezeki sis tahun lepas. InsyaAllah ada rezeki awk jugak dear. And jumpa oppa mata sepet jugak 😀

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah antara memori terindah nie. Thanks for reading dear 😍

      Delete
  4. Alamak..teruja tengok roti tu je.. hehehe..
    memang nampak menarik walau hanya dalam gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Sha. Tak jumpa dekat sini lagi roti mcm tue :)

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤