Bercuti di Sabah : Island Hopping di Tunku Abdul Rahman National Park

Assalamualaikum.

Hari Pertama Bahagian 1:

Sabah merupakan salah satu destinasi impian sis sejak dulu lagi. Alhamdulillah impian sis nie tercapai tahun lepas bila dapat pergi family trip dengan family mertua. Dan paling best separuh kos di sponsor oleh FIL. Hehe.


KLIA 2 - KKIA

KLIA2 - KKIA

Flight dari KLIA pukul 6.50 pagi. So seawal pukul 4.30 pagi kami dah gerak dari rumah. Tue pun agak rushing sebab kena beratur nak check in luggage semua. Lepas solat terus masuk dalam flight. Penerbangan memakan masa selama 2.5 jam jer. 


2.5 jam perjalanan

On board meal

Sepanjang 3 hari dekat Kota Kinabalu nie sis sewa urvan van. Harga dalam Rm250 sehari dan boleh muat kami semua 9 dewasa 2 kanak-kanak. Pick up dan deliver van semua dekat airport jer. Senang cerita. 


Sewa van RM250/sehari

Sampai-sampai jer dekat Kota Kinabalu kami cari hotel dulu nak drop semua beg. Takut orang pecah van bila tengok banyak barang dalam tue. Lepas settle letak beg sis terus ke The Jesselton Point untuk island hopping di Tunku Abdul Rahman National Park.


Harga Tiket

Dekat The Jesselton Point nie ada banyak kaunter yang jual tiket untuk island hopping. Pilih jer yang mana nak. Kebanyakkan offer harga yang lebih kurang sama jer. Sis pilih kaunter no 10 iaitu Island Hop Express.


The Jesselton Point

Dewasa:
Rm23 (1 pulau)
Rm33 (2 pulau)
Rm43 (3 pulau)
Rm53 (4 pulau)

Kanak-kanak:
Rm18 (1 pulau)
Rm23 (2 pulau)
Rm28 (3 pulau)
Rm33 (4 pulau)

Tapi kalau ramai macam family sis nie better chartered satu boat lagi jimat. Tak sampai Rm200 rasanya. Selain tue bila dah chartered satu bot kita boleh set masa kita sendiri. Just inform dekat boat man tue berapa lama kita nak spend dekat satu-satu pulau tue. Selain tiket bot kita kena bayar jugak terminal fee dekat kaunter tue jugak.

Terminal fee:
Rm7.63 seorang untuk dewasa
Rm3.82 seorang untuk kanak-kanak

Untuk kali nie sis pergi 2 pulau jer sebab based on Googling ramai kata cukup untuk ke 2 pulau jer iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Sebelum naik bot,  sis sewa dulu life jacket dan snorkel mask dekat jeti nie. (Tapi sis bawa sendiri snorkel mask sis. Tak sanggup nak pakai yang sewa punya tue).  Harga sewa ialah Rm15 per set. Sis sewa 4 set jer. Gilir-gilir pakai. 


Snorkeling mask dan life jacket - Rm15 per set

The Jesselton Point

Perjalanan dari The Jesselton Point ke Pulau Sapi hanya sekitar 15 minit jer. Bukan main syok semua naik speed boat. Tapi bila melambung kena ombak semua cuak especially sis lah sebab kena pegang si kecik tue. Haha. Keselamatan dia jer yang sis pikirkan. 


Pulau Sapi

Pulau Sapi

Pulau Sapi

Sampai jer dekat Pulau Sapi kena bayar lagi Rm3 seorang (dewasa & warganegara) untuk yuran konservasi. Sekali bayar jer walaupun kita ber island hopping lebih dari satu pulau.


Pulau Sapi

Pulau Sapi

Pulau Sapi


Pulau Sapi

Dekat Pulau Sapi nie sis spend dalam 2 jam. Aktiviti wajib buat ialah snorkelling. Tak perlu pergi jauh-jauh pun. Snorkelling dekat tepi-tepi pantai jer. Air laut pun jernih dan ikan pun banyak. Best sangat. Sampai terbakar lah kulit di buatnya. Hehe.


Pulau Sapi

Pulau Sapi

Pulau Sapi

Pulau Sapi

Kalau korang nak naik zip line pun boleh. Nanti ada orang akan amik dari Pulau Sapi tue ke Pulau Gaya yang terletak betul-betul bersebelahan. Harga seorang Rm64. Sis pada mulanya nak jugak naik tapi bila dah asyik sangat bersnorkelling sampai tak ingat nak naik zip line nie.

Dari Pulau Sapi sis ke Pulau Manukan. Hanya 5 minit jer naik bot. Tapi time nie ombak kuat. Terjerit-jerit semua dalam bot tue. Haha. Dekat Pulau Manukan nie tak ramai orang pun sebab time sis pergi tue bukan season untuk snorkelling di sini. So ramai ke Pulau Sapi. Sis just amik-amik gambar jer dekat sini dalam 30 minit jer. Lepas tue terus ke The Jesselton Point semula. Lepas settle pulangkan snorkler mask dan life jaccket sis terus ke hotel untuk check in.


Pulau Manukan

Pulau Manukan

Pulau Manukan

Pulau Manukan

Pulau Manukan


** Pulau Sapi sangat cantik air laut dia. Memang syok habis. Cuma yang tak berapa best washroom dia. Kotor dan berbau. Sayang sangat. Maybe sebab time tue peak season orang ramai. Masing-masing tak reti jaga kebersihan. Huhu

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

18 comments:

  1. wowww.. bestnya sis.. ni mmg wishlist sy jugak utk ke sabah ni.. x sabar nak tunggu entry seterusnya.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Tak puas pergi 3 hari sebab tak dapat nak cover banyak tempat. Huhu. Kenta repeat lagi sekali nie. =)

      Delete
  2. Kalau dah suka, masa terasa cepat berlalu
    .
    😃 Memang bagus bermusafir dan lihat alam ciptaan Allah
    ..
    Ada banyak pengajaran boleh kita belajar sepanjang musafir
    ..
    😃 Makanan kat sabah ni kurang kena dengan tekak maznee.
    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue salah satu tujuan Ana travel. Nak tgk keindahan alam ciptaan Allah. Mudah2an boleh dekatkan lagi diri denganNya.
      So far Ana ok jer makanan dekat sana. Maybe sebab makan seafood jer kot. :)

      Delete
  3. Ju sdiri yg mnetap kat kk pun rasa xpuas pegi ari tu pulau sapi, xsemoat juga zipline sb sbuk hiking bukit hahah. Insyallah nnti pegi lagi kat saana =D
    Tandas xbersih ke ?? kebetulan ju masuk bersih, mungkin masa tu ramai org sgt kot, cleaner xchecking

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue lah. Kecewa sikit tak dapat naik zipline tue. Kalau ada rezeki boleh try lain kali.
      Aah tima ana tue tak bersih langsung. Betul kata Ju maybe sebab cuti sek org ramai. Tourist pun ramai time tue. Masing2 dah guna tak reti nak bersihkan kot. 😅

      Delete
  4. Alahai.. Washroom memang penting kan Ana..
    kalau tak terjaga memang tak best..
    Tapi cantiklah air laut yang membiru tu..
    Bilalah nak ke sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat penting. Maybe sebab time tue peak season ramai sangat orang guna.

      InsyaAllah nanti ada tiket promo boleh lah pergi Sha =)

      Delete
  5. Replies
    1. Hehe. Sekali sekala tue. Alhamdulillah =D

      Delete
  6. macam best!! baru sekali jejak kaki dekat Sabah tapi tak pernah p mana2 pulau lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg nie dekat bandar KK jer dear. Tapi yang lagi lawa dekat bohey dulang tue. Tak tau bila dapat g sana pulak. Hehe

      Delete
  7. Alhamdulillah..untung Ana dapat sponsorship gi Sabah..waaa cuma Sabah jer lagi belum dijejaki...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak. Rezeki Allah bagi. InsyaAllah nanti sampai rezeki akak pulak ye. Ana tinggal sarawak je tak jejak lagi nie. Hehe

      Delete
  8. Cantiknyaaa Pulau Sapi 😍 teringin betul siqah nak pergi Sabah. One of my wishlist. Sabah banyak tempat menarik terutama pantai dan seafood kan :) Lagi syok bila ada sponsorship FIL. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Tak perlu pergi sampai luar negara. Dekat Sabah semua pulau-pulau dia cantik. Especially Bohey Dulang tue. InsyAllah kalau ada rezeki lebih Ana nak ke sana jugak.
      Ana doakan semoga sampai rezeki Siqah ke Sabah. insyaAllah amin.

      Delete
  9. Wahh.. banyak benda kena bayar. tapi bila dah sampai ya Allah mmg cantik betul tempat ni :)

    ReplyDelete
  10. waa.. bestnye !!!!!!!! cantik btol.. okay.. dan dan masuk wishlist.. hahaha~

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤