Jalan-jalan di Terengganu : Bercuti di Pulau Perhentian

Assalamualaikum dan Salam Jumaat.

Seperti yang kita tahu, Pulau Perhentian merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia. Rata-rata pelancong dari luar negara pasti akan masukkan Pulau Perhentian sebagai salah satu tempat wajib untuk di lawati. Untuk ke Pulau Perhentian cara yang paling mudah ialah dengan menaiki speed boat dari Jeti Besut. Perjalanan hanya pengambil masa dalam 15-25 minit. Kalau naik dari Kuala Terengganu pun boleh tapi masa perjalanan agak lama sekitar 1.5 - 2 jam.

Kami jer orang Malaysia. Yang lain semua mat minah saleh.

Pulau Perhentian nie terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Sis stay di Sharila Resort di Perhentian Kecil untuk 3h2m. Resort yang sangat selesa dan bersih, 24 jam elektrik dan berhampiran dengan jeti.


Sharila Resort antara resort terbesar di sini

Orang selalu ke sini untuk snorkeling tapi sis tak berkesempatan untuk bersnorkeling sebab bawa Syafi. Kesian ke dia nak bawa ke tengah-tengah laut duduk dalam bot yang terumbang ambing tue kan. Kita yang tua nie pun boleh mabuk teruk apa lagi dia. Jadinya sis banyak buat aktiviti sightseeing. Petang tue sis jalan-jalan tepi pantau amik angin petang.






Keesokkannya sis ke windmill station pulak. Pemandangan dekat sana MasyaAllah sangat cantik. Rasa macam dekat oversea pulak. Sangat tenang dan mendamaikan. Cuma kena naik beratus anak tangga jer lah. Huhu.










Cantikkan?? Petang hari ke-2 tue sekali lagi sis duduk tepi pantai habiskan masa tengok orang berkayak dan mandi di tepi pantai jer. Ombak pada hari tue sangat kuat dan bergelora. Orang-orang yang pergi snorkeling pun tak dapat nak pergi ke semua check point.






Hari ke-3 lepas breakfast terus sis check out sebab nak singgah Kuala Terengganu sebelum balik KL semula. Lepas nie kalau ada rezeki sis nak ke Pulau Redang pulak. Kalau boleh nak jelajah semua pulau-pulau yang ada dekat Malaysia nie. Doa-doakan ye moga ada rezeki sis. ❤

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

18 comments:

  1. Bestnya... Dapat release tension kalau bercuti macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asal nama bercuti mesti boleh release tension. Hehe

      Delete
  2. teringin nak ke pulau perhentian.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti sampai rezeki awak ke sini. 😍

      Delete
  3. cantiknyaaaa pulau perhentian. Tak berkesempatan nak pergi lg haaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik zaf. InsyaAllah nnti sampailah Zaf dekat sini ❤

      Delete
  4. Gigit jari tengok keindahan Pulau perhentian tu, tak pernah jejak lagi, hihihi boleh list destinasi lepas kahwin ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh sgt. Lagi save bajet. Cantik pun cantik. Lepas tue buat satu hari island hopping g redang sekali. Syoknye 😍

      Delete
  5. Lawa gambar view.. Pakai kamera apa, nampak jelas ,😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Husniey. Memang cantik sangat view dekat Perhentian nie kan. Orang ganu mesti lg tau. Hehe. Time nie ana pakai sj cam dengan hp sony. πŸ˜€πŸ‘

      Delete
  6. Cantiknya Ana.. kalaulah Sha tak fobia laut dan kapal terbang.. mesti seronok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha, ana pun fobia jugak naik bot dengan kapal terbang. Tapi ana selalu ckp dekat diri sampai bila nak takut. Tak kan tak nak pergi tempat2 cantik kanπŸ˜€

      Delete
  7. cantiknya kan..akk pun x sampai lagi ke Perhentian ni..huhu malu sungguh org Malaysia tapi tak jejak kaki kat sana lagi..keke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik. Nanti kalau nak bercuti boleh lah plan pergi sini kak πŸ˜€

      Delete
  8. best situ sis ! cantik kan.. memang best rasa nak pegi lagi hehe mellya tak panjat tangga but terpaksa daki melalui bukit blkg tu untuk ke windmill, air laut gelora sangat boat tak dapat benti dekat tangga air huhu

    http://mellyacrayola.blogspot.com/2017/01/perjalanan-sebagai-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Sangat cantik pemandangan dekat windmill nie. Kak ana tak larat nak mendaki sebab bawa Syafi. Tapi naik taxi boat tue bahaya tau. Bayangkan kak ana naik sambil pegang syafi tanpa pakai life jacket. Ombak bukan main tinggi. Melambung2 kitorang dalam bot tue. Mengucap panjang. Patutnya bgla tau awal2 yang dorang tak sediakan life jacket kan. Nie dah naik baru tau πŸ˜…

      Delete
  9. Bestnya, Cantik jew permandangan kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat2 mija. nanti plan lah bercuti di perhentian. insyaAllah puas hati πŸ˜…

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤