Bercuti ke Korea : Hyeopjae Beach

Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-3 Bahagian 1

Cerita untuk hari ke-2 di Jeju pulak. Pagi2 lepas breakfast sis and "the bas sekolah geng" terus check out dari Yeha Gh. Sepanjang 5h4m di Jeju sis duk check in check out dari satu Gh ke Gh yang lain sebab tak nak berulang alik atas faktor jarak dan masa. Gigih la kemas beg setiap kali check out. Haha

So plan hari ke-2 di Jeju sis akan berrunning man ke 4 tempat. Itinerary di Jeju nie sis buat ikut route sehala (Jejusi - Seogwipo - Ilchulbong - Jejusi). Sis cuba cover sebanyak mana yang boleh sebab tak tahu jarak antara satu tempat dengan tempat yang lain jauh mana. Kalau ikut Google maps time buat iti tue hampir kesemua tempat jarak dia dalam sejam ke sejam setengah je.

Lokasi pertama hari nie ialah Hyeopjae Beach melalui route Halim Park. Senang guna GPS dekat sini sebab letak no phone je dah boleh set destinasi. Untuk HB nie no dia ialah +82-64-728-7672.

Sepanjang perjalanan sampai ke HB nie hujan renyai. Maybe faktor monsun baru2 nie. Baju hujan memang sis dah bawa awal2. Mula2 je pakai, bila dah reda sikit cabut terus baju tue. Serabut bila nak bergambar. Cuaca pun mendung je, so pemandangan tak berapa nak cantik. Tapi pelancong tetap ramai.

Landmark utama di HB nie

video

Menariknya dekat HB nie ialah batu2 dia semua berwarna hitam akibat letusan gunung berapi beribu tahun dulu. Cuma pantai dia tak berapa nak cun maybe sebab hujan.







Sis spend dalam 40 minit jer dekat sini. Lepas tue terus ke destinasi seterusnya.

P/s:

1. Tiada tiket masuk dikenakan dan parking adalah percuma. Kawasan parking agak luas.

2. Toilet dekat sini agak jauh. Korang kena lalu kawasan pasir pantai untuk ke sana. 


Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

6 comments:

  1. wah seronoknya kt korea kew hee.. bila la dpt melawat ke korea neh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dekat jeju island. InsyaAllah sampai satu hari nanti.

      Delete
  2. Wahh. Best nya. New follower here. Follower #23 ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ho cik zue. Salam perkenalan. Sy dah follow back awk.#34 😍

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah sampai jugak rezeki kami 😀

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤