Jalan-jalan di Terengganu : Taman Tamadun Islam

Assalamualaikum.


Kalau korang ke Terengganu terdapat banyak tempat -tempat menarik untuk di lawati. Dan salah satu tarikan utama di Terengganu sudah semestinya ialah Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man. Di Taman Tamadun Islam ni terdapat lebih kurang 22 replika masjid terkenal di dunia di bina termasuk monumen dan tugu-tugu.


Sumber : TTI

Harga tiket masuk bagi dewasa ialah RM21.20 manakala RM15.90 untuk warga emas dan kanak-kanak berusia 7-12 tahun. Terdapat pelbagai cara untuk kita bergerak dari satu replika ke satu replika. Antaranya ialah dengan menggunakan tram, buggy, berbasikal, atau berjalan kaki. Dan sis menggunakan perkhidmatan yang sangat murah dan berbaloi iaitu menggunakan perkhidmatan tram dengan caj RM5 seorang. Tram akan berhenti di 3 point utama iaitu di stesen Taj Mahal, Masjid Al-Aqsa dan Baitulharam. Terdapat bilik tayangan di setiap point tersebut untuk tontotan video.



Sumber : TTI

Di bahagian kaunter tiket masa ni terdapat sekumpulan pelancong dari Indonesia tengah tunggu ejen belikan mereka tiket masuk. Orang luar pun dah ke sini,  korang bila lagi? Hehe



Ni lah tram yang di gunakan untuk bergerak dari satu stesen ke satu stesen. Kalau penuh jangan risau sebab akan ada tram seterusnya tanpa perlu menunggu lama.



Antara replika-replika masjid yang sempat sis tangkap semasa berada di atas tram.

Minaret Xian, China.

Masjid Pattani, Thailand.


Masjid Kudus Al-Manar, Jawa Tengah.

Makam Abu Nasr Parsa, Afghanistan

Masjid Suleyman,Turki.

Taj Mahal,India.

The Aleppo Citadel,Syria.

Masjid Negara,  Malaysia

Al-Hambra Citadel, Granada, Spain

Masjid Kul Sharif,Rusia.

Dalam banyak-banyak replika yang terdapat di sini, sis paling tertarik dengan replika Kubah Batu atau lebih di kenali sebagai Dome of Rock. Untuk pengetahuan semua, bentuk binaan di sini di bina pada skala 1:4 hingga 1:22 dari bentuk asal. (Sumber : Wikipedia)



Sedikit  info tambahan, terdapat satu kincir air di bina di sini yang di gunakan untuk sistem pengaliran ke tasik TTI. Pembinaan kincir air ini bertujuan untuk mengetengahkan inovasi Islam zama dahulu. Pembinaan kincir  air banyak merujuk kepada kincir air umat Islam terdahulu di Syria yang menggunakan teori Al-Jazari.


Selain dari replika-replika masjid di atas, korang juga berpeluang untuk merasai menaiki cruise di sepanjang Sungai Terengganu dan juga boleh berehat dan makan di Restoran B-Beteng. Sis tak naik pun cruise di sini tapi sis tetap bercruise di sepanjang Sungai Terengganu dengan bot penambang. Old school gitu. Entri di SINI


Sumber : TTI
Menarik sangat Taman Tamadun Islam ni. Jom pakat ajak kawan-kawan dan keluarga ke Taman Tamadun Islam ni. Dalam satu tempat terasa macam kita travel ke banyak negara. Berbaloi- baloi. Sebelum balik boleh singgah beli sourvenir di kedai sourvenir yang ada di sini. 




Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

14 comments:

  1. Nanananana, Ganu kiter errr. X tau bila plak nak sampai ke Terengganu ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah soon. Mana tau berjodoh dengan orang Ganu kan. ;D

      Delete
  2. Merancang nak ke sini kalau tak silap dah dua tiga kali. Tapi, tak sampai2 lagi. Padahal sebelah negeri jer pun. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah lepas ni sampailah Ana ke sini =)

      Delete
  3. Cantiknya tempat. Alahai sesejuk mata memandang. Tenang je hati tgk. bila la boleh jejakkan kaki dekat sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah satu hari nanti sampai lah awak dekat sini :)

      Delete
  4. Cantiknya Taman Tamadun Islam ni. tak pernah sampai sini lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Cantik semua reka bentuk masjid2 dan replika yg ada di sini. Rasa mcm travel di seluruh dunia. Nanti boleh lah plan ke sini. =D

      Delete
  5. woowww cntik nya ! mmg lokasi perlu dilawati dan ssuai utk bjalan2 dgn family =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Ju. sangat sesuai untuk bawa family ke sini. sesuai untuk semua peringkat umur. fasiliti pun terbaik. :)

      Delete
  6. Sha pergi dah sini.. Tapi tak masuk Taman Tamadun ini..
    Sebab misi cari makan kan.. hehehe
    Nanti nak buat misi jalan-jalan pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelah Masjid Kristal yg Sha pergi hari tu kan. Takpe next time boleh bawa Amani dan Imani ke sini naik tram dan tengok replika2 masjid yang ada. Mesti dorang suka. :)

      Delete
  7. tq ana for suggesting.
    akak x pernah gi lagi ni.
    pernah dgr but tak tau apa dlm nyer.
    now tau dah... perfect place to go kalau2 ke tganu kelak.
    in shaa Allah.

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤