Bandung : Day 3 & 4

Assalamualaikum

Hari ke-3 kami di Bandung kami ke Pasar Baru. Kedai2 di sini mula beroperasi seawal jam 9. Terdapat lebih 700 peniaga di dalam bangunan setinggi 7 tingkat nie. Kami parking di tingkat 5 betul2 di hadapan kedai Sir Cinta. Di sebabkan dah pernah baca review di Google tentang kedai nie, so kami pun masuk sini dulu. First thing first, kami di briefing oleh supervisor kedai Sir Cinta nie. Dia pesan kalau nak beli kain, make sure minta di ukur dulu. Sebab kebanyakkan pelancong Malaysia selalu kena tipu sebab kain tak cukup. Instead of 4 meter mereka dapat 4 ela which is 3 meter sahaja. Tapi tak salahkan mana2 sebab di Bandung istilah baju kurung bagi mereka ialah baju kurung kedah atau blouse dengan seluar. Sebab tue 4 ela muat. Tapi size orang Bandung kebanyakkan genit2 compare dengan orang Malaysia. So kalau nak beli kain make sure di ukur dulu even peniaga kata 4 meter. Nak dekat sejam kot dalam kedai nie. Dekat sini, beli 5 barang percuma 1 barang lagi. Nak amik apa2 pun boleh. So kami amik 3 telekung 3 kain ela. Total dalm rm300. Ok la kot. Hehe.


Baju putih tue la supervisor dekat sini. Eh eh bambam, bukan main lagi erk,

Kain di ukur di depan kami.
Lepas tue jalan2 dalam kedai2 di dalam. Agak sempit laluan dalam tue di tambah dengan penjual jalanan yang melambak2 yang ikut kita. Serabut pun ada. Kami di sediakan perkhidmatan porter oleh Pak Wan. So just bagitau nak cari ape, dia tunjuk kedai yang murah. Barang2 semua dia bawakan. Kita jalan melenggang mak limah jer. Misi seterusnya mencari telekung untuk travel sebab dah ade pengirim. So porter tue bawa ke satu kedai. Jumpa telekung tue tapi dia buka harga rm20 sepek. Mahal kot sbb nak beli sedozen 20 pek. Nego punya nego dapat la rm16. Ok la. Kalau ikut hati nak tawar lagi tapi perasaan kasihan masih ada sebab kami juga peniaga seperti mereka.

Telekung travel. Puas hati sebab kain dia tak jarang.

Next nak cari baju batik untuk en suami. Ada yang semurah rm9. Tapi en suami tak berkenan. Last2 jumpa gak sehelai. Rm40++ tapi berbaloi la dangan kualiti kainnya. Baju bany plak agak mahal. Tapi sebab nak bli kan bambam jugak, beli la 2 helai baju dan 3 pasang baju tido. Total dalam Rm 60. Ikutkan boleh dapat lagi murah di kWC. Hehe.

Last sekali shopping baju Bandung untuk family members. Kebanyakkan jual rm30 untuk 5 helai. Tapi kami dapat 6 helai rm39. Sehelai jatuh rm5. Kalau dekat Malaysia tak dapat kot. Paling murah rm10. Berdasarkan pemerhatian kami, harga di sini tak la murah mana. Sama macam harga di KL. Contoh instant shawl kat KL boleh dapat Rm15 tapi kat sini sekali ganda. Kena pandai tengok juga. Maybe sebab dorang tengok kita as a pelancong, tue yang harga kaw2 dia bagi.

Kami hanya half day di sini sebab anak2 muda tidak butuh lama2 di sini. Maunya ke factory outlet di jalan Riau. Tapi sebelum tue, kami lunch dulu di Restoran Karamba untuk sekali lagi merasai makanan Sunda. Tapi kali nie versi manis. Sangat sedap. Try la nanti yer. 






Ikan tue paling sedap. Sampai tinggal tulang kami kerjakan.

Lepas solat kami ke factory outlet. Terdapat banyak factory outlet di sini. Antaranya secret, heritage, rumah mode dll. Tapi kebanyakkan harga di sini sama macam di kL. Design pun lebih kurang sama. Tapi ada juga yang design lain. Semua bergantung pada kita. Kalau kita memang yang jenis up to date pasal design nie ok la.


One of the Factory Outlet yang famos kat sini.




Sementara tunggu orang muda habis shopping kami sempat pekena Es Durian. Memang sedap wooo. Tapi pilih gerai yang bersih ye. Rm2.40 satu. Ade 3 ulas durian dalam tue. Aiskrim dia pulak memang lembut. Bestnya kalau ada dekat kl nie.



Next destination ialah ke Kartika Sari looking for famous Amos brownies. Pak Wan suggest beli esok direct di kilang dia sebab lagi fresh. Tapi sebab dah tak dapat nak menahan nafsu makan, kami pergi jugak. Bajet untuk kudapan malam. Memang ramai orang kat sini. Beratur panjang kot nak bayar.



Brownies yang bawah nie paling femes dan sedap. Idr 15,000 iaitu Rm14 sekotak.





Jatuh hati dengan toast bread nie. Melt in ur mouth and the cheese taste so nice. Rugi tak beli banyak2. Harga dia Idr 43,500  sekitar Rm12 per pek.

Lepas habis shopping di Kartika Sari, Pak Wan bawa kami ke Amanda. Pengeluar brownies yang sedang meningkat naik. Kami beli satu kotak jer untuk rasa.


Moist brownies.. RM9 sekotak. Lepas rasa antara KS dan Amanda, kami lebih suka KS. Tak muak dan rangup di bahagian atas. Bagi yang suka over moist boleh la beli rasa Amanda punya.

Kini tiba masa untu makan malam. Kami request untuk makan western. Pak Wan bawa kami ke sebuah restoran di atas bukit di mana kami boleh nampak suasana malam seluruh kota Bandung. Pak Wan bilang kalau hendak ke sini harusnya booking dulu. Tidak bisa walk in karena memang sentiasa penuh. Makanan di sini memang terbaik. Western dia sedap belaka. Setaraf makanan hotel. Sambil makan pelanggan2 di sini di hiburkan dengan nyanyian live band. Manyak syokk woo..



Dinner di Stone Cafe
Reception area.
Live band sebagai halwa telinga untuk pengunjung di sini.
Pemandangan kota Bandung di waktu malam.
Beef stogsnoff. Kata western?? Haha sebab time Pak Wan wassap menu semua ingat beef steak. Sekali nasi. Haha 
Set chicken cordon bleu with mushroom soup and ice cream. Yummy yummy. Licin pinggan.


Lepas settle makan terus balik hotel dan jalan2 buat kali terakhir kat Chihampelas Walk sebelum berangkat esok.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------



Hari terakhir, kami check out pukul 10.00 pagi. Flight delay dari pukul 2.00 ke 3.45 petang. So  kami sempat untuk last minutes shopping.


Destinasi pertama misi mencari pisang salai atau pisang salei panggilan di sini di Putra Snack. Hanya 5 minit jalan kaki dari hotel kami.







Macam2 flavor ada. Oreo/choc/ori semua ada. 100g dalam RM4.
Pisang salai ori yang kat tengah2 tue memang sedap. Tak sampai seminggu, habis semua kena bedal. Sedap. Rugi tak beli banyak2.






Tempe goreng pun ada.



Kemudian kami singgah ke kilang Kartika Sari untuk beli ole2. Seperti biasa, ramai dengan pengunjung dalam dan luar negeri. 







Sebelum check in fdi airport, kami lunch di sebuah restoran masakan Padang.






Lauk masakan Padang. RM20 sekepala. mahal kan.


Muka happy nak balik Malaysia.


Kabus tebal. Sebelum tue, ada air pocket. Pesawat tetiba jatuh. Menjerit penumpang. I olls sepanjang 2 jam tue tak henti2 zikir. Kapten ikut laluan sumatera utara sebab cuaca buruk di laluan laut. Seram kot.
Nampak tak kabus tebal tue. Subhanallah cantik. Tapi boleh menjadi menyeramkan bila pesawat berlanggar dengan awan tebal.
Alhamdulillah. Pukul 7 mlm kami selamat mendarat di KLIA 2. Syukur teramat2.
















Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

1 comment:

  1. seronok jugak ye dibandung ni...alahai geram tegok ke2 dan roti kat situ paling tak tahan tgk es durian...melting habis

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤