The Cabin

Assalamualaikum..


Jalan-jalan cari makan,
Cari makan di malam minggu,
Dah orang nak belanja kami makan,
Ape lagi nak di tunggu..

Idea asal nak g makan Burger Bakar & Kukus (BKK) kat Damansara Damai.. Tup tup elok je nak U-turn kat BBK tue, haaa amik ko..dari jauh dah nampak orang beratur kaw-kaw punya..yang beratur sambil duduk pun ada..CANCEL!!!!

Dari Damansara Damai kami ke Taman Melawati..Mencari The Cabin.. The Cabin nie dgr citer penah masuk JJCM.. Lokasi The Cabin nie agak tersorok dan kelam sikit.. So kena pandai2 cari..

Kat sini nak order or bayar kena g kat kaunter..erti kata lain, xkan ade pelayan nak datang amik order krg..

Antara menu yang ada ialah set burger bakar, chicken chop, fish n chip, pasta, mushroom soup, makanan bergoreng pun ada..tp kami diberitahu yang goreng2 tue hanya sampai bulan 1 nie je..after tue menu tue akan di ganti dengan sizzling..yang tinggal hanya nasi goreng cina je kalau xsilap.. So tepuk dada buka wallet tanya selera..


Close on Monday..
Sumber : Google
Screen besar tuk layan drama sebabak...
Dapur dan kaunter berkonsepkan cabin..
Ala malu2 plak dia..;p
Pembuka selera..bandung float..gabungan air bandung+ice cream soda + vanila ice cream...
Chicken Chop wif black pepper sauce..
Beef burger wif pringles...
Nie chicken burger..sama je macam beef burger..
Fish n chip wif french fries, thousand island and mayonaise.

Overall makanan dia biasa2 je..chicken chop dan fish n chip dia lebih tepung dari isi..tp burger dia agak sedap.. daging dia terasa berjus ditambah dengan kepedasan black pepper sauce.. Bab harga agak berpatutan..Total 5 orang makan dalam rm51.30..so average rm10 seorang..masih dalam bajet lagi..alhamdulillah..



~TAMMAT~

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

No comments:

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah saya akan membalas kunjungan anda semua ❤