Trafik blog meroket dengan segmen sifu Hasrul Hassan

Assalamualaikum.



Alhamdulillah Jumaat lepas sis sempat menyelit join segmen "Hasrul Hassan" bantu trafik blog meroket. Itu pun last minute join sebab sis perasan yang tarikh akhir segmen di awalkan sehari. Kalau tak, menangis tepi bucu katil lah sis terlepas peluang keemasan ni kan. 

Tunggu punya tunggu akhirnya malam tadi trafik blog sis telah di roketkan menuju ke bulan. Cewah. Terperanjat kot bila buka blog tengok PV tinggi semacam. Walaupun tak setinggi (jauh berbeza lebih tepat) dengan PV blog rakan-rakan blogger yang lain tapi bagi sis itu satu kepuasan buat diri sis sendiri. 


Normal PV harian blog sis sekitar 150-300 sahaja untuk 1 entri sehari dengan jumlah pengikut sebanyak 250+ orang. Itu pun confirm tak semua yang jengah dan baca entri di blog ni. Followers tak bermakna mereka follow pun blog kita. Kebanyakan follow sebab GA yang di jalankan. Adatlah kan.  Hehe. 


Untuk trafik blog meroket ni sis pilih entri bercuti di Grand Lexis,  Port Dickson sebab tu salah satu entri kenangan yang istimewa untuk sis. Bersesuaian dengan tujuan blog ni di wujudkan. Setakat malam tadi lepas di roketkan, PV untuk entri tersebut adalah sebanyak 785 PV.  Alhamdulillah.

Unique visitors Nuffnang  pun naik mencanak dari sebelum-sebelum ni. Tapi blog sis ni masih tak dapat apa-apa promosi sejak sebulan yang lepas. Maybe sebab sis lupa nak iklankan Nuffnang di blog last month. Hisshh cuai betul. 


Sebelum ni sis ada baca entri dari blog Bilalelakiberbicara milik Tuan Azlan tentang alexa ranking. So sis pun mencuba untuk lihat prestasi blog picisan ni. Ranking blog sis jatuh terjunam berbanding minggu lepas ni untuk ranking di Malaysia tapi ada sedikit peningkatan untuk ranking global. Sis pun tak pasti bagus atau tak. Hehe. Yang pasti tujuan sis berblog untuk share pengalaman dan info dengan semua tu sampai pada someone at least. Itu sahaja. 

Ranking untuk minggu lepas

Ranking minggu ini



Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

26 comments:

  1. Alhamdulillah..tahniah Sis..terbaiklah...moga lepas ini terus meroket ok..dan ini jadikan satu motivasi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PC. Meroket macam ni memang jauh lagi lah PC. InsyaAllah akan dtg kita tak tahu kan. Mudah-mudahan 😘

      Delete
  2. waah bestnya mmg nampak roketnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Penangan sifu HH. Kalau tak, tak merasa lah nak dpt PV tinggi macam tu. 😊

      Delete
  3. Wahhh bestnyaa sis. Tahniahhhh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ira. Sekali seumur hidup PV tinggi macam ni. Kalau nak harapkan entri sendiri memang jauh lah lagi. 😊

      Delete
  4. Wah! dah buat entry ya...
    Alhamdulillah Mrs. A pun dah meroket jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Tahniah Mrs A. Mudah-mudahan terus meroket untuk masa akan datang InsyaAllah 😘

      Delete
  5. Tahniah sis, masih ada yang baca sis terutamanya saya... hihi... betul tu sis, ada followers yang dah tak aktif berblog, jadi sasaran pembaca lebih kepada organik... Alhamdulillah meroket tinggi tu... Tahniah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih sudi bertandang dan baca entri saya yang tak seberapan tu. Mudah-mudahan ada manfaat sedikit sebanyak 😀

      Delete
  6. Alhamdulillah.. Tahniah Ana.. Memang betul2 meroket tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sha. Meroket sampai ke bulan tu. Tp skrg dah jatuh ke bumi semula. Hehe. Harapnya akan dtg dapatlah ke bulan semula 😊

      Delete
  7. Alhamdulillah, tahniah kak Ana kerana dapat meroketkan trafik akak.. Saya pun memang selalu baca blog akak yang penuh dengan review percutian.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih sudi bertandang dan baca entri Ana yang masih picisan ni. Ana sgt hargai sokongan Shikin dan rakan-rakan 😘

      Delete
  8. Wah tahniah... tak sempat nak join segmen dari otai blogger tuh.. tapi tu kira oklah kan slow sloww. X lama mencanak - canak naik la... pageviews ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan satu hari nanti. Slow and steady 😘

      Delete
  9. Bestnya naik macamtu! Banyaknya kak, nak menangis saya tengok hehe. okay la tu, saya alexa rank pun takda data lagi keh2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah tu. Dia punya PV dah nak sama dengan kak ana tu. Baru sebulan kot. Kak ana ni dah bertahun. Huhu. Kalah teruk ni 😅

      Delete
  10. Wahh, terbaik kak Ana! Seronok tengok. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruja kak ana tgk PV mlm td. First time dpt PV tinggi macam ni. Hehe 😘

      Delete
  11. kak anaaaaa tahniah ye.. busyra smalam tuan hassan terlepas pandang.. hehe. yelakan bnyk yg join contest dia. da harini.. alhamdulillahhhh naik jugakk. hehe <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana perasan Busyra komen dekat fb HH. Alhamdulillah selesai juga ye.

      Tahniah utk Busyra juga. Confirm trafik meroket sampai Pluto tu. Hehe 😘

      Delete
  12. alhamdulillah tingginya dia naik! tak sempat nak ikut nieyh hakhak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tinggi juga. Teruja tak habis tgk PV ni mlm semalam. Senyum sampai ke telinga 😍

      Delete
  13. Tak sempat nk join segmen ni haritu.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. Tak nampak pula CR join. Mana tau next time ada lagi boleh lah join. 😊

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤