Jalan-jalan di Terengganu : Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam


Jalan-jalan di Terengganu : Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam | Assalamualaikum. Masjid Kristal merupakan salah satu destinasi wajib singgah bila berada di Kuala Terengganu. Terletak di pusat tarikan pelancong Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Masjid Kristal mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dari segi struktur binaannya. Pertama kali sis ke sini pada tahun 2011 apabila pulang beraya di kampung mertua.
Jalan-jalan di Terengganu : Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam

Yang menariknya, tiada bayaran di kenakan untuk masuk ke dalam masjid. Cuma tolong berpakaian sopan ye. Kalau tak, sila pakai jubah (robe) yang disediakan di pintu masuk masjid. Tempat parkir kenderaan yang agak luas juga disediakan untuk kemudahan para pengunjung.


Sedikit info dari Wikipedia, Masjid Kristal telah di rasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-5 bersama-sama dengan YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008. 


Masjid Kristal diiktiraf sebagai masjid pintar pertama di Malaysia di mana prasarana IT dan WIFI di sediakan untuk memudahkan pengunjung mengakses e-Quran. Seramai 700 orang boleh dimuatkan pada satu-satu masa.

Struktur binaan masjid di bina berkonsepkan gaya komtemporari dengan suntikan elemen dari Moorish dan Gothic. Kerana Masjid Kristal ni di bina daripada kaca dan keluli, ianya menjadikan rupa bentuk masjid seakan kristal dan sekaligus menjadikan Masjid Kristal antara masjid tercantik di dunia. Hebat kan!



Untuk hiasan dalaman, di tengah-tengah dewan utama, terdapat 'crystal chandelier' besar di pasang di ruang kubah. Pada waktu malam, kubah dan menara Masjid Kristal akan berubah warna sekaligus menyajikan pemandangan yang sangat indah.


Terdapat kedai-kedai yang menjual cenderamata dan jajan di luar kawasan masjid. Perkhidmatan bergambar dan cetak turut disediakan untuk kenang-kenangan.
 


Kalau ada yang bercadang untuk ke Kuala Terengganu, jangan lupa singgah di Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. InsyaAllah korang pasti akan terpukau dengan keindahan masjid-masjid yang ada di sini.


Jalan-jalan di Terengganu : Masjid Kristal di Taman Tamadun Islam Reviewed by Ana Suhana on March 15, 2017 Rating: 5

42 comments:

  1. Replies
    1. Sangat cantik. Nanti kalau ada rezeki ke Terengganu, boleh singgah sini. 😘

      Delete
  2. Replies
    1. Memang sangat cantik Ucing. Nanti kalau ada rezeki ke Terengganu, singgah lah sini. Masuk ke dalam TTI sekali. 😊

      Delete
  3. Cantik dan menawan. Lamanya saya tak ke Terengganu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah plan ke Terengganu lepas ni. Pakat makan nasi dagang 😊

      Delete
  4. Unni da penah smpai, tapi x round abis kat tamandun tu, nak dtg lagi..hihihi rindu ganu n nasi dagang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time dtg make sure masuk TTI tu. Tgk replika2 masjid terkenal di dunia.

      Oh rindu nasi dagang. Next week kak ana blk kg nk makan nasi dagang puas2. 😘

      Delete
  5. Hari tu sempat solat Zohor dalam masjid ni. Ramai sangat orang. Memang cantik masjid ni. Terpegun jap. Yg TTI tu belum sempat g lagi sebab CR g mase musim panas ritu. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Sangat cantik kan CR. Hari tu ana masuk TTI tu tghari. Memang berpeluh teruk. Nk aircond masuk dalam bilik tayangan yang ada. Hehe 😊

      Delete
  6. mellya cuma sempat bercuti di pulau perhentian kecil je, tak sempat round terengganu huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau ke Terengganu singgah lah sini. Cantik tau masjid kristal ni. Lepas tu masuk TTI tgk replika2 masjid yang ada. Rasa macam travel ke negara luar je bila tgk replika2 dlm TTI tu 😘

      Delete
  7. dah lamaaa tak pergi terengganu. rinduuuu sana!

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah plan ke sana lepas ni uyul. Buat tour Pantai Timur. Makan nasi dagang, keropok lekor, nasi minyak dan kuih muih org pantai timur 😘

      Delete
  8. selama hidup nie elsa pernah pergi sekali je terengganu maklumlah cuti sekolah nak melancong kan. last elsa pergi masa elsa sekolah rendah kot hahaha. bila lah dapat jejak terengganu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sungguh dah tu. Dah boleh pergi lagi ni elsa. Pergi bercuti di Pulau Perhentian then jalan2 ronda Kuala Terengganu 😘

      Delete
  9. Alahai.. Lama tak kesana.. Xpernah jejak pulau wan man ni.. Semoga ade rezeki bercuti ke Terengganu lepas ni. InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah mudah-mudahan ada rezeki ke Terengganu. Jangan lupa singgah TTI ni 😊

      Delete
  10. Dah lama tak ke Terengganu..asyik2 dhubby jer yg pergi dan buat liputan kat MAsjid Kristal dgn Taman Tamaddun Islam ni..kalau boleh pergi pun waktu cuti sekolah...tak sanggup lenguh pinggang duduk lama dalam kereta akibat kesesakkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau cuti sek pergi time weekdays ok lagi kak. Jgn weekend. Tu cr pasal namanya. Hehe. Try lah ke sini nanti 😘

      Delete
  11. Dah pernah sampai Trengganu tapi dah lama sangat dah time tu single lagi. Lupa dah tahun berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang lama sungguh tu Mrs A sampai tak ingt tahun berapa. Hehe. Nanti ada masa jalan lah di Terengganu pula. Buat tour Pantai Timur sambil JJCM. 😘

      Delete
  12. lawanya...tak pernah pergi kat situ lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah ada rezeki ke Terengganu jgn lupa singgah sini ye 👌😘

      Delete
  13. Hi Ana.. Saya dah folback blog awak. Saya memang teringin sgt nak pergi ke Trengganu nie. Nak ke Pulau Perhentian. Nanti boleh lah singgah kat mesjid ni. Masyaallah cantiknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Jasmi. Terima kasih sebab sudi follow blog Ana.

      Pulau Perhentian cantik sangat. InsyaAllah puas hati. Boleh tgk entri Ana juga pasal Pulau Perhentian. Lepas tu jalan-jalan pusing satu Terengganu makan nasi dagang dan keropok lekor 😘

      Delete
    2. Keropok lekor terbaik lah.. nasib baik kat Thailand nie ada satu orang melayu jual keropok lekor. Tapi nberniaga kadang ada, kadang tak de. Nak guide tak kalau saya ke treangganu? hahah

      Delete
  14. Wahhh, cantik senibinanya..Mai terengganu pun belum pernah jejak lagi...Tapi selalu kirim keropok lekor dari roomate dulu,heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti dah kerja boleh lah ke sini. Pergi Pulau Perhentian tak pun Pulau Redang. Lepas tu jalan2 ronda bandar cari nasi dagang dan keropok rebus. Sedapnya 😘😘

      Delete
  15. Mek bnyk kali dh jugak singgah masjid ni. Boleh dikatakan tiap kali pegi terengganu akan singgah sini. Best ! 😍

    Kalau sape pegi terengganu, ni masjid yg korang kena singgah bukan setakat untuk tgk keindahan, tapi untuk solat sekali 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul. Tempat wajib pergi bila sampai di Terengganu. Lepas tu JJCM. Nasi dagang, kepok lekor, ICT. Nyum nyum 😋

      Delete
  16. Subhanallah.. cntik nya!!! mmg layak untuk dpt gelaran masjid pintar dgn keupayaan 700 boleh akses dlm satu2 masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ju. Nanti kalau ada rezeki ke Terengganu boleh lah singgah ke sini. Lepas tu ronda2 bandar KT 😘😘

      Delete
  17. Rumah mertua di ganu? Maknanya abang Kak Ana orang ganu ke? Kampung mana kak? 😱

    ReplyDelete
    Replies
    1. Family PIL di terengganu. Mereka tgl di KL ni je.
      Kampung dekat seberang jambatan sg Terengganu je Ira. Satu di koliba satu di nesan empat. Hehe 😘

      Delete
  18. Tak pernah singgah lagi dekat Masjid Kristal ni. Padahal dekat je Terengganu dengan Kelantan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti kalau blk kampung singgah lah ye. Ikut laluan kg cuci2 mata tgk kampung org 😍

      Delete
  19. Suka tengok masjid ni cantik sangat. Tapi setakat ni tak pernah lagi sampai sini. InshaAllah one day kan kak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna kristal buat masjid ni cantik sangat. InsyaAllah one fine day, you'll be here. Amin 😊

      Delete
  20. cantik betul masjid kristal ni, tapi tak pernah sampai lagi ke sini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kalau ada rezeki ke sini singgah tau ke Masjid Kristal. Cantik sgt bentuk dan binaan dia. 😘

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.