Jalan-jalan di Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park)

Assalamualaikum.



Memandangkan Zoo Negara dan Farm in the City sis dah pernah bawa Syafi pergi, jadi kali ni sis bawa dia ke Taman Burung Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai KL Bird Park yang terletak berhampiran dengan Taman Tasik Perdana.


Dengan keluasan seluas 20.9 ekar tu, sila pastikan air minuman di bawa secukupnya. Sebab time sis pergi hari tu, nak habis tawaf satu taman burung ni memakan masa hampir lebih 3 jam tau. Basah lah juga baju dengan peluh tu. Hehe.


Kalau tengok dekat peta di atas,  KL Bird Park ni terbahagi kepada 4 zon.

Zon 1 dan Zon 2 merupakan zon "free-flight" di mana di sini hampir kesemua burung di biarkan terbang bebas di dalam taman hampir semulajadi. Kita juga berpeluang untuk beri makan sendiri dekat burung-burung yang berkeliaran. Jinak-jinak semuanya. Mesin jual makanan ada di sediakan dengan harga makanan Rm1 satu plastik kecik.











Di Zon 2 terdapat juga kolam ikan dan juga kandang arnab tapi tak besar mana pun. 






Terdapat lebih dari 3000 ekor burung dari 200 spesis dari dalam dan luar negara di sini. Dan lebih membanggakan,  KL Bird Park ni diiktiraf sebagai 'the largest walk-in free-flight aviary' di dunia. Sebab tu setiap pelancong yang datang ke Malaysia mesti akan singgah ke sini termasuklah ahli Running Man, Kim Jong Kok yang bercuti di Malaysia baru-baru ni.

Zon 3 pula merupakan zon burung enggang. Kecik je zon ni. Semua burung enggang berada di dalam sangkar dan tidak di biarkan berkeliaran. Di zon ini juga terdapat Hornbill Cafe bagi yang ingin minum dan rehat seketika. Sis macam biasa lah tak singgah pun sebab nak habis cepat tawaf taman burung ni. 





Zon 4 merupakan zon paling besar. Di sini burung-burung di asingkan di dalam sangkar mereka masing-masing. 










Terdapat juga zon bergambar, kawasan air terjun, taman permainan kanak-kanak dan bilik-bilik pameran di Zon 4 ni. 


Photo booth. tak tahu berapa RM kena bayar.


Kawasan air terjun.






Taman permainan kanak-kanak. Takde pun orang dekat taman ni.



Antara bilik pameran yang ada.


Pada yang tak tahu nak bawa anak-anak ke mana hujung minggu boleh lah ke KL Bird Park ni. Kemudahan seperti tempat letak kereta, surau, laluan kerusi roda / stroller semua ada disediakan. Tinggal nak bayar duit tiket je sebelum masuk. Hehe. InsyaAllah berbaloi dengan harga yang di bayar. :)
Jalan-jalan di Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park) Reviewed by Ana Suhana on March 08, 2017 Rating: 5

52 comments:

  1. aku pernah pergi taman burung labuan ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok lah tue. sis pun baru ke sini hari tu sejak di buka tahun 1991. Hehe

      Delete
  2. Replies
    1. boleh cuba ke sini bawa anak2 nanti. mesti seronok nanti :)

      Delete
  3. Boleh tahan juga harga tiket masuknya.... macam anak saya memang suka tengok binatang, tapi bila suruh pegang penakut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah dengan syafi. kita yang pegang burung dia yang menangis takut. hehe

      Delete
  4. Elsa berapa kali dah lalu dekat pintu masuk depan je hakhakhak. Nak masuk takde adik kecik dah nak dibawak huhu. Banyaknya burung dekat situ!

    ReplyDelete
    Replies
    1. elsa pun boleh masuk. ramai pelancong datang ke sini juga. the largest free-flight aviary in the world tu. kena masuk tau nanti elsa :)

      Delete
  5. kalo mcm ni luas dan keadaan psekitaran yang bersih, Ju pun xkesah tgk harga masuk tu sb bbaloi =D

    Alhamdulillah bru ju bksempatan utk bw ari ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tgk harga memang agak mahal tapi berbaloi bila dah masuk. :)

      terima kasih Ju singgah ke sini <3

      Delete
  6. PC pernah pergi sekali kak..memang puaslah..kalau tak silap ada persembahan haiwan..tapi ada hari dan masaw tertentu..burung-burungnya jinak kan kak..lagi satu mungkin dah terbiasa dengan pengunjung yang ramai..bila nak ambil gambar mudah..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada persembahan haiwan setiap hari tapi ada waktu2 dia. kak ana tak tunggu pun persembahan tu sebab nak kejar masa. :p

      betul tu. terlebih jinak burung2 dekat sini especially yang warna putih tu. kak ana gelar dia burung pengganas. pantang kita tabur makanan, dia yang datang dulu. hehe

      Delete
  7. lama gila dah tak masuk sini, last masuk ms zaman sek time rombongan sekolah..tp sekrang dah bnyak pembaharuan ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana first time masuk sini padahal lama dah KL bird park ni di buka. hehe. tempat yang menarik untuk weekend outing untuk org2 yang stay di KL/Selangor.

      Delete
  8. Sambil tgk burung, sambil exercise kan sis. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas exercise makan tak ingat dunia. sia2 buang lemak 3 jam tadi tu. hehe

      Delete
  9. saya hari2 tngk burung punai 🐦 yg bsarang kat pokok mengkudu. risau kena mkn musang 😂 kalau kucing tau ada burung punai kat situ, habislahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung burung punai tu awak jagakan. Kalau kucing kita boleh halau tp kalau musang susah juga tu 😅

      Delete
    2. tu la, sebab musang tu dtg time malam. skrg, takda dah punai tu. x tau pi mana

      Delete
    3. Dah migrate kot sebab byk sgt ancaman. Hehe.

      Delete
  10. Zaman bujang dulu penah sekali la masuk ke taman burung nie tapi disebabkan jalan sorang-sorang time tue, tak sampai 10 minit dah keluar, hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau 10 minit dapat pusing sampai kolam depan tu je Shikin. Hehe. Tp dulu tak besar mcm skrg rasanya ye.

      Delete
  11. Info bagus... Tapi bilalah boleh pergi ye,, saya suka bawa budak2 ke tempat mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah nanti ada masa boleh ke sini. Confirm budak2 akan suka 😊

      Delete
  12. mmg best kat Bird Park ni..akk dah byk kali pergi..bwk group dan jugak dgn family...mmg recommended sgt tempat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau travel agent dah recommended maksudnya memang best lah tempat ni 😘😘

      Delete
  13. cantiknya burung merakkkk . wah , syafi mesti suka nih tgk binatang apa semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik memang cantik tapi bising dia bingit gak telinga 😅.

      Syafi tu sebelum masuk cakap nak bg burung makan lah apa lah. Bila dah masuk dah nampak burung2 tu dia jadi takut. Siap tak bagi jauh2 dari dia 😅

      Delete
  14. the largest walk-in free-flight aviary' di dunia.. . . Woww 😍

    Comel dan cantik burung burung ni.. Warna warni ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Husniey. Sebab tu pelancong akan singgah ke sini 😍😍😍

      Delete
  15. Bestnyaaaa dapat pergi sini! suka tengok burung-burung yang cantik ni hihi.
    tapi bila tengok harga tu, telan air liur sat haha satu hari nanti maybe boleh pergi bawa anak-anak. Eh, anak tekak maksud saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm27 jer lah. Tak lah mahal mana. Mana tau boleh bawa bakap anak2 buah ke kan. Eh!!!😝😝

      Delete
  16. Cantik-cantik parrot tuh. Mai takut dgn burung, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan jinak2 semua burung dekat sini. Confirm mai tak takut lah 😊😊

      Delete
  17. lama busyra tak pergi taman burung. betsnyaaa. burung kak tua tuu cute! hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ana baru first time masuk ni Busyra. Rasa macam lawatan tadika pulak 😁😁

      Delete
  18. Berani keteww sis nak pegang hahaha. Lama dah tak pergi taman taman macam gini. Kalau ada budak kecik lain dah "tua" ni nak pergi sana saja saja macemmm malessss je hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih pegang dah Ira. Semua jinak-jinak dekat sini. Hehe.

      Org dewasa yang paling ramai dekat sini tau Ira. Kebanyakannya pelancong. Hehe😊😊

      Delete
  19. Pernah lalu je.. hehehe..
    Tapi kalau bebudak memang seronok la mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time try lah masuk. Confirm amani dan imani suka. 😘

      Delete
  20. bestnyaaaa... rasa cam nak pergi jugak ..tengok burung.. nak sentuh burung merakkkk hiii.. macam tak ada orang sangat kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin tempat ni besar sangat so tak lah crowded dekat satu2 tempat. Singgah lah sini. Merak dekat depan tu tak lawa sebab takde bulu. Ni merak dekat belakang2.😘

      Delete
  21. Subahanallah cntiknikan2 n burung.. Tpi boleh tahan harga tiket.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lah juga harga ty Unni. Besar tau kawasan dia. Dah masuk confirm puas hati dengan harga yang di bayar 😘

      Delete
  22. Ada budak kecil seronok pi sini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kalau org dewasa pergi sendiri dengan kawan2 pun seronok juga sis 😘

      Delete
  23. tak pernah pi lg.. nak pi jugak la weekend nnti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice place utk bawa anak2 on weekend sis. confirm dorang suka dan excited dekat sana. 😘😘

      Delete
  24. bestnya.. lama tak pergi taman burung.. rindu lak

    ReplyDelete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.