Food Review: Clinic Western

Assalamualaikum.



Rutin aktiviti malam minggu selalunya sis akan singgah di rumah parents sis untuk aktiviti melepak sambil berborak santai. Belah siang pula melepak di rumah mertua. Orang yang paling bahagia sudah semestinya Syafi sebab ramai tukang layan dia ada dekat sana. Tapi malam minggu baru-baru ni En Suami tak berapa nak sihat jadinya kami melepak dekat rumah je. Kesian pula tengok Syafi merengek nak pergi rumah atuk so sis call mak dengan adik-adik ajak makan-makan di teratak kecil sis. Nak order Domino masing-masing dah jemu tahap muntah hijau. Jadi sis call Clinic Western yang beroperasi di Kampung Nakhoda untuk makan malam kali ni sebab dia ada buat perkhidmatan penghantaran. Senang cerita.

Sis jumpa Clinic Western ni di FB sebab pernah viral seketika kerana harga makanan yang murah. Sekarang macam dah jadi trend jual makanan murah-murah untuk tarik customer. Dan salah seorang customer yang tertarik ialah sis sendiri. Hehe. Dah nama pun Clinic Western, makanan yang di jual sudah semestinya ala-ala western. Jom tengok apa yang sis order malam tu. 


Cheesy Fries Big Size Rm5

Cheesy wedges Big Size Rm5

Cheesy egg burger (benjo)  Rm2


Roti John daging tabur Rm6. (sis order 2 set) 

Chicken chop cheesy Rm6.50

Burger chicken crispy Rm5

Lamb chop Rm9.50

Coney tabo Rm5

Meatball set Rm6

Makan ramai-ramai beralas surat khabar jer. Hehe

Dalam banyak-banyak tu sis suka roti john dan coney tabo dia sebab daging dia agak banyak. Melempah keluar. Puas hati sangat. Untuk semua yang sis order tu termasuk caj penghantaran (Rm6) ialah Rm64. Order guna WhatsApp jer tak sampai 30 minit dah sampai depan pintu rumah. Puas hati sangat. Makanan pula semuanya memuaskan dan berpatutan dengan harganya. Yang penting semua kekenyangan. Hehe. Korang yang duduk sekitar Selayang dan Batu Caves dan kawasan sewaktu dengannya boleh lah cuba Clinic Western ni. Ada lagi beberapa menu lain yang di jual. Korang boleh tengok sendiri di page FB Clinic Western. Harga semua dah tulis siap-siap tinggal nak pilih jer.  InsyaAllah puas hati. 

Ps: Maaf kalau ayat seakan terabur sebab tak berapa sihat 2-3 hari ni. So time menaip ni tak berapa nak fokus. 😅

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

52 comments:

  1. kalau sy, semua nak masuk perut tu 😍 terutama lamb chop 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kak ana makan sikit dh tak boleh masuk. Cepat kenyang makan makanan macam ni 😊

      Delete
    2. sy elak chicken chop sebab x brp masuk kat tekak & cepat kenyang. kalau yg lain, kenyang x kenyang sumbat je dlm perut sbb favorite 😍

      Delete
  2. Kat tempat saya juga dah banyak orang buat delivery ni, semua makanan ada sis... kena pandai pilih mana yang sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah jadi trend buat good delivery ni. Masing2 berlumba2 untuk cari duit sampingan. So far yang ana order ni semua memuaskan dan harga pun berpatutan 👍😊

      Delete
  3. Ya Allah Ana.. Telan air liur sha tengok menunya..
    Adoilah.. kalau dekat memang dah order.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jauh pulak ye Sha. Kalau tak boleh lah cuba dah semua makanan ni 😊.

      Delete
  4. Ala kakkkkk!!! Kenapa upload gambar makanan sedap sedap sangat ni... Tengok cheesy semua tu memang betul2 mengiurkan kot! ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang kena pergi KFC cari cheesy wedges lah nampaknya lepas ni. Hehe. 😅

      Delete
  5. Sedapnyaa ...kaki western memang wajib singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga. Padan dengan harga dia CCL. Siapa yang dekat dengan Batu Caves boleh lah cuba 😊

      Delete
  6. eee sedapnya! nafsu makan elsa dah membuak buak! tolong tolong hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elsa punya spaghetti beef tu pun sedap juga. 😋😋😋

      Delete
  7. Replies
    1. Sedap lah juga. Yg penting berpatutan 😊

      Delete
  8. Wahhh semua nk cheesy. Mmg menyelerakan sis. Makan ramai2 syok dia mmg lain mcm. Paduwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila makan ramai2 yang biasa semua jadi paduwin 👍👍.
      Apa lagi yang cheesy meezy ni kan. 😊😊

      Delete
  9. sedapnya nampakkk , murah pun murah haaa . semoga cepat sihat kak ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga. Sangat berpatutan dengan harga dia. 😊

      Terima kasih zaf untuk doanya 😘😘

      Delete
  10. Fuhh sedapnyaaaa terutama lamb chop dan meatball! Ohh tertarik betul :D Kenyang makan ni Ana : D

    Get well soon , Ana. Rehat sekarang okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lamb chop tu sedap juga Siqah. 2x dah Ana repeat 😅.

      Terima kasih atas doa Siqah 😘😘

      Delete
  11. sedapnya sis. hehe kat shah alam ada tak penghantaran mcm ni. kalau ada senang la nk makan tiap hari..

    www.aerillhassan.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya dekat shah alam kena ada service macam ni sebab ramai student kan dekat sana. Especially during exam week. Confirm banyak permintaan 😊

      Delete
  12. kak anaaaaa.. kenapa byk makanan nii.. adeyyy.. sedap, terliur dh ni. hehe .. yg paling tertarik tuu Cheesy Fries. letak cheese bnyk2! fuh. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kongsi ramai2 ni Busyra. Tu yg nampak banyak. 😅😅. Alah Busyra punya masakan confirm lagi sedap. Lagi2 maggi udang galah tu. Terliur kaw kaw tau kak ana dekat sini 😘😘

      Delete
  13. Replies
    1. Hehe. Maaf sebab entri ni menggangu di kala perut tengah lapar. 😅

      Delete
  14. Aduhaaiiiiii (nyanyi lagi Dato' Siti Nurhaliza)... Nasib baik dah makan kenyang-kenyang tadi. Kenapa banyak blog jamu entry buat orang terliur nih hahahahahahaha! Adehhh nak tidur mimpi makan cheezy cheezy... 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi siap nyanyi lagi FA. Hehe. Dapat mimpi cheezy ni tak mlm td? 😊😊😘

      Delete
  15. Nampak semua makanan ni macam sedap je. Dah lah tengah lapar. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap juga Cik Epal. Sepadan dengan harga dia.😘😘

      Delete
  16. akk tak tahu pulak Clinic Western ni ada delivery...tapi tu la diluar kawasan tuu..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak. Senang dia buat service macam tu. Tunggu jer dekat rumah. 😀

      WM luar sikit je dr kawasan. Kalau tak, boleh cuba dah kan kak 😊

      Delete
    2. kalau ada kat WM..mmg sah2 akk and the gang jd top buyer haha

      Delete
  17. kat tempat saya pun ramai ada buat delivery camni. tapi so far belum pernah cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena cuba sekali sekala. Mana tau ada yg kena dengan selera kita kan 😘

      Delete
  18. Sekarang mudah dah kan ada cod.. dah.. sedap2 semua makanan.. berbaloi dah dgn harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah sgt. Kalau masuk group page kawasan Ana, ramai buat perkhidmatan macam ni. Dr lunch sampai lah dinner. Tinggal nak pilih je 😊😊

      Delete
  19. Sedapnya semua2 tu kak. 😉 senangnya bila ada macam ni. Kita tinggal order dan tunggu org hantar depan rumah. Senang. Jimat masa kita nk drive ,cari parking lagi. Hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CR. Kalau nk pergi ke kedai dia confirm ramai orang. Lepas tu nak cr parking lagi. Leceh. Bayar rm6 utk penghantaran senang cerita. Jimat dan mudah 😊😊😘

      Delete
  20. aduh, salah timing pulak masuk blog akak. hahahhaha. terliur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh tgh lunch time nampaknya ye. Kena isi cepat2 perut tu. Hehe 😊

      Delete
  21. Wah! best jugak idea nih!
    Tapi kalau mak Mrs. A mseti dia tanya takde nasi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Mak ana pula bg apa semua dia makan. 😅

      Delete
  22. wah ! kira bbaloi ni, tgk mknn ni pun smua gemok2 tau =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gemuk berlemak semua ada Ju. Kena exercise banyak lepas makan ni. Hehe

      Delete
  23. pernah tengok kat Fb tapi tak pernah try lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah cuba kalau tinggal berdekatan. Mana tau kena dengan selera awak kan 😘

      Delete
  24. Replies
    1. Hehe. Kena cari lah nampaknya lepas ni Hernee 😘😘

      Delete
  25. Ya ampun sis apesal menggoda sangat makanan ni semua. Dah mengidam burger pulak tengah pagi ni huhuhu *telan ailioq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adui mana nak cari burger pg2 ni Ira. Yaa ampun ya 😊😊

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤