Idea untuk GA ke-2 di Yubiso

Assalamualaikum.



Minggu lepas masa window shopping di Setapak Central sis ternampak satu kedai yang sangat menarik perhatian. Dari jauh semacam dah melambai-lambai jer panggil sis masuk ke dalam. hehe. Bila tengok nama kedai tu baru teringat tahun lepas ada viral tentang kedai YUBISO ni. Apa tu YUBISO? 

 

YUBISO merupakan sebuah rangkaian kedai berasal dari Jepun yang menekankan 3 teras utama iaitu kualiti, fesyen dan harga yang rendah. Kebanyakan barangan di dalam kedai YUBISO adalah dari Korea, China, Malaysia, Thailand dan lain-lain negara.

Terdapat pelbagai barangan yang di jual di sini seperti produk kecantikan, barangan hiasan rumah, alatan tulis, permainan kanak-kanak, beg, aksesori dan pelbagai lagi. Harga pula bermula serendah RM5. Memang rambang mata dibuatnya. Orang perempuan kalau dah masuk kedai ni harap maklumlah ye. Boleh jadi lupa diri sekejap. Dan sis pun tak terkecuali. Semua barang sis nak belek dan beli. Mana tak nya, comel-comel belaka semua. Geram jer sis tengok. Yang tak boleh tahan siap berangan dah nak bagi hadiah apa untuk segmen GA yang kedua. Ada yang nak join lagi ke GA sis?

Buku nota dengan cover yang sangat comel.

Yang ni best sebab kita boleh warnakan sendiri ikut kreativiti kita. katanya handmade and washable.

Patung kucing ni pun comel jer. Geram jer tengok.

Selipar santai pun ada.

Favorite Syafi. 5 kotak dia sambar hari tu. Satu RM5.

Beg ala-ala Von Dutch pun ada. RM45 satu.
Karpet pelbagai design.
Headband warna warni gebu gebas pun ada.

Aksesori rambut pun banyak yang menarik

Hand towel ni sis beli 2 sebab comel. RM10 satu.

Yang ni sis amik dari FB Yubiso Malaysia.

Siapa minat stationery boleh lah ke sini. Macam-macam ada.

Antara skin care yang di jual. Mask pun ada. RM5 untuk 2 pek.

Colorful tumbler. Geram pulak sis tengok.




Lepas ni nampaknya keraplah sis ke YUBISO ni sebab tak puas tengok semua barang-barang dekat sini. Korang pun jom lah ke YUBISO ni. Tak beli pun takpe, cuci-cuci mata pun ok dah. Tapi tahan ke korang dari tak membeli??? hehe.


Tumbler humidifier ni pun sis beli juga. RM45 satu. Aromatic oil tu memang ada so tambah je dalam ni. Buat wangi rumah.


Idea untuk GA ke-2 di Yubiso Reviewed by Ana Suhana on February 25, 2017 Rating: 5

46 comments:

  1. Ya Allah Kak Ana...kenapa semua cute2 sangat...kalau macam ni kak..tak mungkin cuci mata kot..mau cuci poket..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ana pun berpendapat yang sama. Tak mungkin hanya cuci mata jer kan. Semua comel-comel tu. At least 2-3 barang mesti ada yang terbeli. Hehe 😘

      Delete
  2. Designnya comel-comellah...buku nota tu cute....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandai marketing strategy dia buat comel-comel sebab dia tau org mesti "tergoda". hehe.😀

      Delete
    2. Kalau saya pun dah capai 1, 2 barang dah... hehe

      Delete
  3. xpernah dengar pun nama kedai ni. kat mana lg kedai ni buka? barang dia comel giler rasa nak serbu sekarang juga..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru lagi beroperasi di Malaysia. Yang kak Ana tau dekat berjaya times square dengan setapak central jer. Kalau awak masuk confirm rambang mata tengok satu-satu barang dia. Comel-comel belaka 😘

      Delete
  4. Saya pun suka sangat kalau pergi kedai yg jual barang comel2 dan murah macamni. Hihi. Pastu mulalaa beli benda yg tak diperlukan pun sebenarnya. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah ke setapak central ana. Dekat dah dengan uia tu. Hehe. Samalah kita. Beli semata sebab comel. Guna atau tak belakang cerita. Hehe 😍

      Delete
  5. LZ pernah masuk YUBISO banyak sangat barang cute, rambang mata.. Bila masuk habis masa membelek satu-satu barang.. LZ pun suka tumbler humidifier tu Ana.. Comel letak tepi katil, hehehe 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana confirm LZ mesti lama dekat section stationary kan sebab LZ kan suka dengan benda2 macam tu. Hehe.
      Humidifier tu ana letak dekat ruang tamu. Lagi bertambah selesa nak lepak2 depan tv. 😍😍

      Delete
  6. Semuanya comel la Kak Ana, lagi lagi patung kucing tu aduiii menggugat iman betul ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Ana pun suka tgk patung kucing tu. Kedai tu susun banyak2 depan belakang pulak tu, mata memang pandang kucing tu je lah. Selamat iman kuat lagi. Kalau tak dah terbeli. Hehe 😘

      Delete
  7. Alalala comeynyaaaa..
    Kalau sy masuk kedai ni boleh jadi gila sbab semua comel2. 😂😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila sekejap ye CR. Hehe. Tapi hasil kerja tangan CR lagi comel rasanya 😘

      Delete
  8. Saya lagilah pertama kali tahu tentang YuBiso

    ReplyDelete
  9. Husniey kalau dah masuk kedai macam ni niat asal nak window shopping saja jalan jalan mesti terbeli, sebab semua macam comel, macam cantikk sangatt ni.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Mesti ada yang tersangkut untuk di beli sebab semua molek-molek belaka. Padahal tak guna pun apa yang di beli tu 😘😘

      Delete
  10. comel2 barangan kat situ..hari tu pergi Setapak Central pastu siapplepie Aca pun sibuk nak notebook tu pastu nak tumbler la...pokaiii hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak bahaya bawa tentera2 ni kak sebab mak tentera pun boleh terjebak sama. Hehe. Tentera Ana pantang nampak kereta mainan,tak boleh tak beli. Selamat murah jugak lah dekat sini. Hehe 😊😊😘

      Delete
  11. Bestnya barang-barang tu, takda pun kat tempat mai T_T. Mestilah nak join GA kak Ana, hihihi. Sorry haritu mcm mana tak tau boleh terlepas pandang GA tu, tak da rezeki la tu. Tapi next time mai nak join tak kira!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh takpe lah Mai. InsyaAllah lepas ni kak Ana buat GA lagi ye. Mana tau rezeki Mai pulak kan dapat barang2 comel YUBISO ni 😘😘😘

      Delete
  12. Takleh cuci mata kat sini. Bahaya!!! Hahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat berbahaya. Boleh cuci poket juga. Hehe.😘😘😘

      Delete
  13. Comelnya semua...
    Memang tergoda nak beli...
    Mcm mrs pip ni, mmg suka dgn brg2 stationery yang cute cute...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa boleh sangat lah ke YUBISO ni Mrs Pip. Hari tu ana tgk comel2 juga stationery dia. Mesti Mrs Pip suka juga 😍😍😍

      Delete
  14. Comelnya barang-barang dekat YUBISO ni kak. Dia ala-ala macam DAISO dengan KAISON eh? Akak nak buat segmen apa tu? hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia lebih macam Daiso. Cuma di Daiso harga semua rm5.30 kan tapi dekat sini harga bermula dari rm5.

      Tu lah tengah fikir lagi nak buat segmen apa. Ada idea?? 😊

      Delete
  15. Comelnya barangan di Yubiso nie... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Next GA boleh lah Ana beli dari sini je 😘

      Delete
  16. bestnyaa hehe kenapala kat area seberang jaya ni tak de shop cenggini .. Nak kena p pulau je ada kedai camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya kedai2 macam ni dorang open dekat kawasan tumpuan utama kan. Mana tau akan dtg ada yg di buka di seberang jaya pula kan. 😀

      Delete
    2. eh , rasanya dekat area qb ke mana ntah ada kedai mcm nih . ke saya salah . hehe

      Delete
    3. Skrg tak silap kak ana dah ada 2-3 kedai mcm ni. Tak kedai dari jepun dia kedao dari korea. Konsep sama jer. Cuma harga kak ana tak tahu.

      Delete
  17. Sha pernah masuk.. Memang jenuh tahan nafsu membeli.. Barang-barangnya ohsem.. comel dan memukau mata.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Rambang mata di buatnya. Silap percaturan, boleh kempis beg duit. Hehe 😊

      Delete
    2. Hahaha.. kempis beg duit.. tangan penuh menjinjing.. hehehe

      Delete
  18. I love yubiso too! i always visit the store when I go home from my boarding school haha >< The stuffs are very cute and cheap, you should try visit Miniso, it's almost the same as yubiso but with wider range of stuffs imo

    ReplyDelete
    Replies
    1. A lot of cute stuffs and you can waste so much time there too. Haha. By the way, thanks for the info. I'm sure I will fall in love with Miniso as well. But I have to bring a lot of money too though.😊

      Delete
  19. ya Rabbi, kalau sy pi YUBISO tu, confirm akan cuci dompet terus. awatlah comei bebenor colorful tumbler tu 😂 benda wajib yg sy mesti beli tu 😍😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe bahaya betul ni. Kena fikir banyak samada nak masuk atau tak. Sekali dah masuk susah nak keluar balik. Hehe 😘😘

      Delete
    2. tu la, kat sp ada kedai dlm 1 mall ni jual benda2 comel juga 😁 time tu confuse dah nak pilih colorful tumbler tu 😂 semua comei

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah Ana akan membalas kunjungan anda semua ❤

All Rights Reserved by Ana Suhana © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.