Suria Hot Spring Resort, Bentong

Assalamualaikum.

Weekend holiday sis di teruskan dari Colmar Tropicale Bukit Tinggi  ke Suria Hot Spring Resort yang terletak di daerah Bentong. Sebelum nie sis tak tahu pun ada resort yang ada hot spring dekat dengan KL sampailah En Suami jumpa dalam Instagram. Tetiba pulak dia pandai guna Instagram. Padahal sebelum nie Id dengan password sendiri pun dia tak tahu. Haha.


Entrance Suria Hot Spring Resort. Kredit sini
Di sebabkan Suria Hot Spring Resort nie hanya 40 minit perjalanan dari Selayang so dengan laju nya sis setuju untuk ber'weekend holiday' di sini. Kebetulan tarikh sis nak pergi tue ada satu kekosongan. So cepat-cepat en suami booked. Memang laku keras tau resort nie korang sebab banyak syarikat dan organisasi datang berkursus di sini. Kebetulan time sis check in dekat sana team UKM dan PAS tengah berkursus. Semua bilik dan unit bungalow "sold out".


Check in time
View 2 kolam air panas dari bilik
Memandangkan sis bawa adik sekali so sis amik triple room. So far bilik besar, bersih dan selesa untuk kami berempat. Kalau bawa toto boleh masuk lagi 2 orang. Hehe.


Bilik bertiga yang sangat selesa
Semua fasiliti asas ada di sediakan
Lepas solat dan rehat, terus bawa si kenit nie turun. Bukan main teruja dia. Kolam dekat sini terbahagi kepada 4 bahagian. Satu kolam kanak-kanak, satu kolam orang dewasa (2-2 kolam nie connect to each other) dan 2 kolam air panas yang berbeza suhu.


Kolam renang kanak-kanak. Bilik sis di bangunan belakang tue

Kolam orang dewasa

Layan si kenit yang banyak tanya

Cetek jer kolam untuk kanak-kanak. Tapi still kena pantau.


Sementara tunggu bekas atas tue penuh air kita wefie dulu
Kalau Syafi excited dengan kolam, bonda Syafi excited dengan kolam air panas. Haha. Sis dengan air panas ibarat berpisah tiada. Dekat rumah pun memang mandi air panas jer. Teruk kan!!


Kolam air panas 1. Yang nie suhu dia rendah sikit.
Malam tue masing-masing dah lemau lepas puas berendam dalam kolam,.  Makanya dinner guna in room service jer. So far semua makanan dekat sini sedap dan harga pun standard cafe dekat luar. Pada pendapat sis sangat berbaloi lah dengan bayaran tue. Nak makan dekat luar tak tahu dekat mana sebab nak ke pekan agak jauh dan gelap sebab sekeliling semua hutan. So to be safe makan jer dalam bilik sambil menonton.


Nasi goreng apa ntah nama dia. Lupa lah.

Chicken chop with mushroom sauce


Nasi goreng ayam
Esoknya lepas breakfast kitorang berendam lagi sekali. Bagi Syafi main puas-puas.


Muka tak mandi

Nak mandi dekat kolam dewasa jer. Penat nak kena pegang.

Dalam pukul 11 macam tue sis dah check out sebab nak elak bersesak dekat kaunter. En Suami dah bagi hint nak datang lagi. Sis pun ok jer lah as long dia yang bayar. Haha. So korang kalau tak tahu nak ke mana hujung-hujung minggu boleh lah ke sini. Tapi macam sis cakap selalu fully booked. So pandai-pandailah godek setiap website yang ada. 

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

8 comments:

  1. bestnya kolam suria hotspring resort tu... Ni yang ada contest Suria Resort haritu kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah Mai. Nie salah satu resort Suria Resort & Hotel. Best bila dapat berendam dalam air panas tue 😀

      Delete
  2. cuti sakan dik Ana ni...sejuk2 ni mcm skrg ni best bercuti kat tempat2 mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti tahun lepas nie kak. baru nak post. hehe

      Delete
  3. Kalau ada bdk2 kecik memang best pegi tmpat ada kolam. Excited dia lain macam! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kata budak jer, mak bapak budak pun sama excited. hehe ;p

      Delete
  4. Bestnya..besar kolam dia..makanan dia pun nampak tempting sangat!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Besar juga kolam di sini. Sebelah menyebelah je antara kolam kanak2 dan dewasa. Makanan pun boleh tahan 😊

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤