Bercuti ke Korea : Seongsan Ilchulbong Peak

Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-5 Bahagian 1

Seusai Subuh dalam pukul 5.08 pagi (4.08 pagi waktu Malaysia) sis and the geng dah gerak ke Seongsan Ilchulbong Peak untuk misi mendaki.


Misi mendaki puncak Ilchulbong bermula.

Time sis sampai dekat parking Seongsan Ilchulbong Peak nie dah ada ramai orang tau. Semua pakat nak tengok sunrise dari atas puncak tue. Sis pun tak terkecuali lah kan. So dengan penuh excited sis pun melangkah kaki mulakan pendakian. (Memandangkan kami datang awal pagi, kaunter tilet pun "tidur" lagi. So masuk FOC. Kalau tak 2k won tiket masuk dia)


Time nie boleh senyum lagi

Tapi...... baru jer daki beberapa anak tangga, sis dah mula terasa kesejukan yang amat sangat. Dah lah pakai jaket biasa jer so memang terasa lah sejuk dia sampai ke tulang. Syafi dah start menggigil. So sis decide stop dekat tepi dulu. Balut dia pakai sweater husband dan lekatkan heat patch banyak2 dalam sweater dia. Then peluk dia ketat2.


Nie berhenti kali ke-3 dah

Bila tengok Syafi ok dan dah tertidur, sis sambung mendaki lagi. But again sis berhenti kat banyak tempat. Geng lain dah jalan dulu. Memang sangat mengah okey. Orang lain yang mendaki sendirian pun semput apa lagi sis yang dukung Syafi kan. Tapi misi kena teruskan sebab nie antara highlight dalam iti sis dekat Jeju.


Nie half way baru

Stop lagi sambil layan view daerah Seogwipo
Matahari dah mula terbit


Last pit stop before sampai ke puncak

Almost 1 hour baru sis berjaya sampai ke puncak. Cewahhh. Orang lain less than 30 minutes tapi sis double the times. Haha. Dah sampai atas tue, sis duduk puas2 hilangkan penat dan enjoy sunrise yang tak berapa nak sunrise tue.

FYI, Seongsan Ilchulbong Peak nie juga dikenali sebagai Puncak Matahari Terbit (Sunrise Peak). Ianya terbentuk akibat letusan volcanic atas dasar laut kira2 5 ribu tahun yang lepas. Ianya setinggi 182 meter dan puncaknya membentuk mangkuk seperti kawah. Menarik kan? No Gps untuk ke sini ialah +82-64-783-0959.


Pelantar kayu untuk memudahkan berjalan

Sang mentari terbit di ufuk timur

video

(Close up Ilchulbong Peak☝)

Pemandangan puncak dari udara

Time turun memang takde masalah. Laju jer. Plus Syafi pun dah bangun so berat badan dia tak lah terasa sangat compare time dia tidur masa daki tadi. 

Yeahhh jom turun
Nie lah geng sek sis. Senang sgt travel dengan dorang. On time and helpful. Thanks gais.

Jalan2 dekat trail di tepi laut. MasyaAllah cantiknya. Indah betul ciptaan Tuhan. Bersyukur sangat dapat peluang ke sini. Alhamdulillah.








Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

10 comments:

  1. Terbaiklah sis panjat sambil dukung Syafi. Mesti rasa kurus kejap lepastu kan? Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis memang perasan kurus selalu. Tak nak ngaku diri tue G****. Hahaha

      Delete
  2. Terbaik.. seronoknya pergi korea.. view pun lawa

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaaaaaaaaa :) Suka sangat tengok view cantik camni :)

    Gambar kecik lah dear. Tak puas tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantii Siqah. Moga ada rezeki Siqah ke sini jugak suatu hari nanti :)

      Delete
  4. Replies
    1. Kan Sha. InsyaAllah satu hari ada rezeki Sha bawa Amani & Imani dekat sini pulak.

      Delete
  5. Cantiknya!! Kita pergi korea hari tu tapi tak pergi sini lagi. The view here is so much better and calming. :O

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. View dekat Jeju semua cantik2. Kalau nak explore semua tempat dekat sini seminggu pun tak cukup.

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤