Food Street : Rojak Sameem

Assalamualaikum.


Salah satu food street yang sis suka makan ialah rojak. Selalu makan rojak dekat kawasan rumah jer tapi kali nie sis ke Greenwood, Gombak untuk cuba Rojak Sameem. Sebabnya setiap kali sis lalu mesti penuh dengan orang. Kali nie tengok macam clear jer so apa kata kita try.

Dari simpang Greenwood dah boleh nampak truck nie

Memandangkan hari terlampau panas jadinya sis tapau dan makan dekat rumah MIL. Lagi selesa dan yang penting makan ramai-ramai lagi sedap. 

Rojak in the house

Selalunya sis makan rojak biasa jer. Tapi dekat Rojak Sameem nie sis cuba mee rojak. Harga bermula dari Rm5. Sebab sis amik mee rojak sotong so harga dia Rm8 satu. 

Dah macam sphageti pulak mee tue. Telur ada, mee ada, cucur ada, yang penting sotong pun ada

Not bad lah rasa dia. Tak terlalu manis macam sesetengah kuah rojak. Bila makan dengan mee, kuah dia jadi just nice. Tue yang bertambah 2 pinggan. Hehe. Sis tak berapa suka kuah-kuah yang manis sebab cepat rasa muak.  So yang tinggal dekat area Gombak, Selayang boleh lah cuba Rojak Sameem nie ye.

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

14 comments:

  1. wah.. bestnya.. sy pun suka makan rojak lagi2 yg kuah kacang tu.. ada tempat rojak tak guna kuah kacang kannn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far dekat sini semua kuah kacang. Sis xpenah jumpe yg selain kuah kacang. Kne tey jugak kalau jumpe

      Delete
  2. Sedapnyaa rojak, lama tak makan rojak. my fav rojak betik, cicah kepok keping. Aduhh lame dok makan 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana tak pernah lagi rasa rojak betik cicah kepok keping nie. Dekat mana nak dapat??

      Delete
    2. Tak pasti kat mana, lama jugak dah tak makan. Selalunya orang tua yang buat 😂

      Delete
    3. Hehe. Nanti ana tanya dekat MIL ana lah. Mesti dia tau rasanya 😀

      Delete
  3. Replies
    1. Nanti boleh lah cari rojak dekat tempat awak ye. :

      Delete
  4. Sedapnya, first time masuk U dulu kawan serumah ajak makan rojak, mai terbayang rojak buah la, tengok2 rojak mee, kejutan budaya jap.hahaha, sebab org utara panggil pasemboq...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya pasemboq. Last kak ana makan time pergi penang 3 tahun lepas. Mana nak cari pasemboq sedap dekat KL nie. Huhu

      Delete
  5. Wow!! Bestnya.. nanti kalau lalu situ bolehlah Sha cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah. Mana tahu kena dengan selera sha kan 😀

      Delete
  6. rojak ni kemana menghilang dah x nampak sejak kebelakangan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke. Lama tak lalu di Greenwood tu yg tak perasan. 😁

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤