Bercuti ke Korea : Changdeokgung Palace

Assalamualaikum.

Korea Hari Ke-7 Bahagian 1

Hari ke-8 di Korea tak seperti yang di rancang. Sepatutnya hari nie sis akan ke Gapyeong Rail bike dan Nami Island . Tapi nak jadi cerita, Syafi demam panas malam semalam. Suhu dia lebih 39 degree. So sis nak bagi Syafi rest dulu. Nami Island tue esok lusa boleh pergi lagi sebab ada 3 hari lagi dekat sini.
Dedaun dah start kuning.


Dalam pukul 10 camtue tengok Syafi dah okey sikit. So sis decide pergi jalan dekat-dekat situ jer. Dan sis ke Gyeongbokgung Palace which is takde pun dalam list. Sepanjang dekat Seoul sis memang guna subway jer. Sis download Seoul Subway apps awal-awal dah untuk mudah rancang perjalanan. Dalam 15 minit macam tue dah sampai di station Anguk then amik exit 3. 

On the way nak ke istana tue ternampak satu bangunan yang penuh dengan daun. Nampak cantik dan menarik so sis berhenti untuk bergambar kejap.

Arario Museum
Daun jer pun. Tapi dah cantik.
Close up daun-daun cantik tue

Lepas tue jalan dalam 5 minit dah sampai di pintu istana. Kena beli tiket dekat depan tue dulu. Harga tiket ialah 3k won seorang. Syafi macam biasa free. Dalam tue ada Secret Garden tapi kena tambah 5k won lagi. Sis tak beli pun untuk ke Secret Garden tue.


Pintu utama untuk masuk ke Changdeokgung Palace
Close up pintu utama

View pintu utama dari bahagian dalam

Changdeokgung Palace adalah vila di raja kedua dibina. Ia merupakan istana utama untuk Raja-raja pada Dinasti Joseon. Kawasan istana terdiri daripada kawasan awam istana, kediaman keluarga di raja dan sebuah taman. Changdeokgung Palace telah diiktiraf sebagai "World Cultural Heritage site" oleh Unesco pada tahun 1997. Untuk info lebih lanjut boleh ke website Visit Korea.

Yang nie bahagian pejabat di sini.





Kediaman keluarga Diraja.







Kawasan kediaman di tepi kediaman utama Diraja.









Sejam lebih jugak lah sis habis jalan dekat dalam nie. Kebanyakkan yang datang ke sini memakai hanbok yang di sewa. Rasa macam berada dalam zaman Dinasti Joseon pulak. Hehe.







Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

6 comments:

  1. Replies
    1. Heee. Semua best dekat sini fhatin. Nanti ada rezeki fhatin sampai jugak :)

      Delete
  2. bestnya!!!! hope im gonna get the chance to visit this beautiful country one day, too

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sure that one fine day u'll be here. :)

      Delete
  3. Wah.. syoknya dpt g korea... New experience... best best....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ada rezeki lebih utk sy :)

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤