Residence Inn Cherating

Assalamualaikum.

Tora kembali lagi (tagline nak amik mood menaip). Tetiba pulak bulan nie sis rasa rajin nak update blog. Tetiba pulak rasa sayang nak biarkan blog nie terkubur macam tue jer. Tetiba pulak sis rasa banyak rasa tetiba. Dah alang2 rasa rajin nak menaip tue datang moh sis cerita short weekend outing sis baru2 nie.

Kalau ikutkan dah tak tau nak pergi mana untuk trip kali nie. Tapi memandangkan anakanda nan sorang duk hari2 sebut nak mandi kolam, so en husband pun tempah hotel nie. Mula2 bila sebut Cherating, sis was like ape benda ada kat situ. Last 5 years pergi macam bosan kot area tue. Tapi dah booking dan bayar pun so menderu jugaklah ke sana.

Muka excited nak mandi kolam

KL - Cherating dalam 3 jam jer ikut LPT dan amik susur Jabor kemudian menghala ke arah Kemaman dan Chukai. Sis sampai dalam pkl 3 camtu so dah boleh terus check in.

Masuk2 je bilik terus wahh.....besarnye bilik. Katil king size dan toilet pun besar. Sis rasa sangatlah berbaloi. Semua dalam keadaan bersih. Sis agak teruja la jugak sebab sebelum sampai sini sibuk sis dok baca review orang. Ada yang kata bilik dia biasa je la, kotor la, itu la ini la. Tapi yang sis dapat nie semua tip top. Maybe sebab sis dapat bilik di bangunan baru kot. Towel dan katil wangi sangat. Bertambah rasa puas hati. Semua basic fasiliti tersedia. Wifi pun ada. Time check in tue nanti korang akan dapat id dan password wifi utk 2 orang dan valid utk kegunaan sehari (24j).


Katil King. Budak kecik tue perkara pertama bila masuk hotel je ialah cari telefon.


Basic facility semua ada.


Toilet pun besar dan bersih yg utama.


Shower area. Air pancut dia memang best. Mcm kena pasang dekat rumah pulak.


Balkoni pun ada.
Bilik di bangunan baru.


Lepas solat semua sis keluar ke Chendor nak cari kepok lekor dan satar. Gerai yg dituju tak lain tak bukan Warung Aziz Satar dan otak2 yang popular di kawasan nie. Take away je sebab ada budak tak sabar nak mandi kolam. Tapi sebelum tue singgah dulu Teluk Mok Nik cuci2 mata.


Satar dan kepok leko rebus dia memang terbaik.


Di Teluk Mok Nik



Dari dulu sampai kini geli dgn pasir. Itu sebab utama dia tak suka laut dan pantai.


Kolam dekat sini ada 3. Satu utk dewasa, satu untuk kanak2 dan satu bubble pool kecik besar boleh masuk. Bukan main seronok la budak kecik nie. Time dekat pantai tadi bukan main melalak nak balik. Bila dah masuk kolam tak reti2 nak naik pulak.


Bangunan lama terletak di kawasan kolam renang.




Esok pagi2 seawal pukul 7 sis dah turun breakfast. Menu sarapan semua okey. Ada nasi lemak, bihun goreng, kuew teow kungfu dan lain2 la standard menu hotel. Lepas sarapan terus bawa budak kecik mandi kolam sebelum check out. Dia jadi orang pertama yg masuk kolam hari tue kot. Haha.


Overall sis sangat la berpuas hati stay di Residence Inn Cherating nie. Dengan harga Rm180 kami dapat bilik yang besar dan bersih (kriteria paling utama). Next time kalau balik kampung, boleh la singgah lagi.

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

No comments:

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤