Tok Aman Bali Beach Resort

Assalamualaikum.


Wah kejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah seminggu sis balik dari bercuti di Pantai Timur. Rasa macam baru semalam jer bercuti dekat sana. Kang tau2 dah hujung tahun pulak kan.

Ok sekarang sis nak sambung cerita dari entri lepas. Lepas jer check out di KB,  sis terus ke arah Tok Aman Bali untuk check in di Tok Aman Bali Resort. Macam rancangan check in check out dekat Astro tue pulak ghasenya. Jarak KB ke sini hanya 45 minit jer. Tak sempat pun nak lelap mata orang kata.



TABBR nie terletak di jajahan Pasir Puteh dan lokasi dia agak ke dalam sikit. Betul2 berhadapan Pantai Bisikan Bayu. Kami stay semalam jer dekat sini sebab esok pagi2 nak gerak ke Pulau Perhentian.


Bilik dekat sini sangat luas. Kalau bawa toto boleh muat 8 orang kot. Bukan dorang tau pun sebab tak lalu lobi pun nak ke bilik nie.  Bilik air pun luas. Memang sangat puas hati. Siap ada berandah lagi. Cumanya time sis datang sini, orang tak ramai. Boleh kira berapa biji kereta tetamu je yang ada. Maybe sebab weekdays dan bukan cuti sekolah kot. Satu bunyi suara orang pun tak dengar. Haha. Tapi takpe lah, privasi la sikit.






Bilik sis menghadap tasik tempat berkayak.
Bath tub pun ada. Confirm2 bos kecik paling seronok.

Macam biasa, sampai2 jer perut dah berkeroncong. Nak keluar beli makanan kena ke pekan. So sebab en suami dah tak larat, so kami order dari bilik jer.

Nasi Goreng Bali. RM17 tak silap. Fresh orange dalam RM7. Ok la kan.

Sebelah petang just jalan2 sekitar resort dan terus ke pekan cari makan malam.


View from look out point. Kiri kanan tue semua bilik. Hujung sekali tue lobi dan cafe.
Look out point.
Swimming pool kosong takde orang.
Gaya nak lebeh.
Pintu masuk bilik. 
Taman depan bilik.
Laluan di sepanjang berandah.

Nie antara dekorasi di sekitar resort.









Esok pagi2 lepas breakfast terus kemas2 dan check out menuju ke jeti Besut.

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

No comments:

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤