Jalan-jalan makan angin di Kota Bahru, Kelantan

Assalamualaikum.

Kelantan Darul Naim.

Last sis datang sini kira2 11 tahun lepas. Time tue ada trip fasilitator ke kampus Uitm Kelantan. Lama dah rupanya. Kejap sangat masa berjalan. Kali nie encik suami ada kursus 3 hari dekat Kota Bahru. So memandangkan sekarang nie dah full-time housewife so ada la rezeki sis menyelit sekali.

Sepanjang dekat sini kami stay di Hotel Perdana. Terletak berdekatan dengan stadium negeri.

Sampai2 jer boleh dah check in. So lega la sikit boleh rehat kejap. Especially bos kicik yang bosan duduk lama sgt dalam kereta. 

Bilik hotel nie agak luas dan selesa. Ada bathtub lagi. Cuma bilik air  jer kecik sikit. Yang lain memang terbaik. 



Hotel pertama yang kami jumpe yang sediakan tafsir.







Lepas rehat dan solat terus turun ke Ceranna Cafe untuk isi perut.

Nasi Ayam Hainan. RM20. Rasa dia biasa jer. Lagi sedap nasi ayam Cik Esah. 


Nasi Kerabu. RM20. Sedap sebab pencecah dia menyelerakan.

Jalan2 sekitar hotel lepas makan.













Petang tue jalan2 di Pantai Cahaya Bulan aka Pantai Cinta Berahi. Di katakan nama Cinta Berahi berasal ketika perang dunia II apabila seorang askar British menderita kerana cintanya tidak berbalas. PCB terletak kira2  30 minit perjalanan dari bandar. 





Terdapat deretan kedai di sepanjang jalan di PCB tue. Pilih la mana2 yang berkenan. At first sis ingat nak try lah Maggie ketam yang femes di Kelantan nie tapi belum ada rezeki. So makan jer la celup tepung.

Seekor sotong RM15 dan 4 ekor udang RM5.

Esok pagi2 jalan2 di sekitar bandar. Sebab kursus encik suami start pukul 2. So adalah masa untuk cuci2 mata.

Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad IV. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Besar di kalangan sesetengah rakyat kelantan.







Peristiwa banjir pada akhir tahun 2014.







Istana Jahar terletak berdekatan Masjid Muhammadi. Ia dibina oleh Sultan Muhammad III untuk dikurniakan kepada cucundanya iaitu Long Kundur Bendahaara. 


Gerbang Rehal. Tempat wajib bergambar di sini. Gerbang ini dibina untuk memperingati pengisytiharan Kota Bahru sebagai sebuah bandar budaya.



Pasar Siti Khadijah. Semua barang ada dekat sini. Kain, kuih, barang basah, barang kering semua ada. Kami just cuci2 mata sebab memang takde benda pun nak beli. Kain batik banyak dah mama bagi sampai tak terpakai. So confirm2 takkan la beli kain2 nie semua.

Terlajak laris pun ada wokey.










Bahagian tengah pasar under renovation.


Peniaga berpindah di bahagian luar.

Cerita pasal makan malam boleh ke sini dan sini. Kalau cerita kat sini kang panjang lebar pulak entri nie. 

Cuma untuk makan tengahari hari ketiga sis sempat singgah di Cikgu Nasi Ulam. Terletak di kawasan kompleks kraftangan berdekatan dengan Masjid Muhammadi tue jer. Dah datang pun time lunch, confirm2 orang ramai. Selamat dapat tempat berhawa dingin so selesa la sikit. Yang pasti memang sangat murah dan sedap.

Restoran Nasi Ulam.

Kedai nasi ulam tue betul2 bawah banguan nie.
2 ketul ayam, 2 ekor ikan, ulam dan sejag air sirap. RM19 sahaja.


Hari keempat sis dah check out. Nampak macam tak berjalan sangat kan. Ye la nama pun teman org berkursus. Tapi tunggu. Ada destinasi menarik nak di tuju.



Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

No comments:

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤