Jalan-jalan di Terengganu : Taman Tamadun Islam

 Assalamualaikum. 

Salah satu tarikan utama di Terengganu sudah semestinya ialah Taman Tamadun Islam (singkatan : TTI) yang terletak di Pulau Wan Man. Di TTI ni terdapat lebih kurang 22 replika masjid terkenal di dunia termasuk monumen dan tugu di bina.

Tiket masuk bagi dewasa ialah RM21.20 manakala RM15.90 untuk kanak-kanak berusia 7-12 tahun. UTerdapat pelbagai cara untuk kjita bergerak dari satu replika ke satu replika. Antaranya ialah dengan menggunakan tram, buggy, berbasikal, atau berjalan kaki. Dan sis menggunakan perkhidmatan yang sangat murah dan berbaloi iaitu menggunakan perkhidmatan tram dengan caj RM5 seorang. Tram akan berhenti di 3 point utama iaitu di stesen Taj Mahal, Masjid Al-Aqsa dan Baitulharam. Terdapat satu bilik kecil di setiap point ni untuk tontotan video.



Di bahagian kaunter tiket. Masa ni terdapat sekumpulan pelancong dari Indonesia tengah tunggu ejen belikan mereka tiket masuk.




Ni lah tram yang di gunakan untuk bergerak dari satu stesen ke satu stesen. Kalau penuh jangan risau sebab akan ada tram seterusnya tanpa perlu menunggu lama.




Antara replika-replika masjid yang sempat sis tangkap semasa berada di atas tram.

Minaret Xian, China.

Masjid Pattani, Thailand.


Masjid Kudus Al-Manar, Jawa Tengah.

Makam Abu Nasr Parsa, Afghanistan

Masjid Suleyman,Turki.

Taj Mahal,India.

The Aleppo Citadel,Syria.

Al-Hambra Citadel, Granada, Spain

Masjid Kul Sharif,Rusia.

Dalam banyak-banyak replika yang terdapat di sini, sis paling tertarik dengan replika Kubah Batu atau lebih di kenali sebagai Dome of Rock. Untuk pengetahuan semua, bentuk binaan di sini di bina pada skala 1:4 hingga 1:22 dari bentuk asal. (Sumber : Wikipedia)







Sedikit  info tambahan, terdapat satu kincir air di bina di sini yang di gunakan untuk sistem pengaliran ke tasik TTI. Pembinaan kincir air ini bertujuan untuk mengetengahkan inovasi Islam zama dahulu. Pembinaan kincir  air banyak merujuk kepada kincir air umat Islam terdahulu di Syria yang menggunakan teori Al-Jazari.


Jom pakat ajak kawan-kawan dan keluarga ke TTI ni. Dekat satu tempat terasa macam kita travel ke banyak negara. Tak rugi ok.




Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

No comments:

Post a Comment

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤