Khadijah's Kitchen

Assalamualaikum..

Kali nie sesi makan2 kami ke Khadijah's Kitchen..  Terletak di PV128, Setapak.. Official launching pada 9 Oktober 2013.. Bagi yang tak berapa nak mengenali tuan punya restoran nie, meh ceq habaq mai sikit... Datuk Khadijah Ibrahim merupakan seorang penyanyi dan juga pelakon ketika zaman 70an dolu-dolu.. Lagu hits beliau ialah ''Ku pendam sebuah duka''... Cer search kat youtube lagu nie.. Best wooo...

Ok berbalik pada topik asal, kami ke sini sebenarnya untuk ala2 food testing untuk event office kami next week.. so nak tau rasa makanan dia, kena la try dulu.. tapi food testing nie berbayar la.. sendirian berhad..

Susutatur restoran baik, selesa dan kemas.. ada dua bahagian, dalam dan luar,, dalam lebih selesa sebab ber'aircond'..











Kami pergi time lunch hour.. ade menu set untuk lunch.. untuk hi tea pun ada set..







Desert untuk set lunch..  Bubur kacang.. My all time fav.. Sedap dan lemak semua ada..

Set A- Nasi Putih, Daging Salai, Telur Dadar, Sambal Belacan dan Sayur.. Bab sayur tue yang kelakar..ciput je haa.. untuk sekali telan.. sayangnya, tak kenyang perut di buatnya sebab portion dia sikit.. nama pun set.. so sendiri faham la...
Set B- Lauk Ayam daun kari.. yang lain sama macam set A..

Set tue juga termasuk air.. so boleh pilih ice lemon tea or hot lemon tea..
Yang nie mee goreng jawa.. Org dulu2 marah kalau makan dalam kuali..tp sekarang dah jadi trend.. yang nie harga dia RM6.80..
Mee rebus.. RM7.80..  Bagi yang tak nak makan nasi, boleh la cuba makan mee rebus nie...

Secara keseluruhan, makanan kat sini semua sedap2.. Time kami pergi tue, customer tak berapa ramai.. so service pun cepat.. Next week kalau menjadi, opis kami akan ada hi-tea kat sini.. so nanti kita update balik wokey...







Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

3 comments:

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤