Halfest 2013

Assalamualaikum..


Pada 2-6hb Oktober baru2 nie telah berlangsungnya HalalFest 2013 di Pusat Pameran Mines, Seri Kembangan.. Halalfest 2013 ini merupakan ekspo halal terbesar di Malaysia.. 

So Sabtu lepas kami pun tak melepaskan peluang ke ekspo tersebut.. nak gak tau ape yg ada kat sana.. sebenarnya dah setahun kami register pra-pendaftaran secara online.. tp br 2 minggu lepas dapat no pendaftaran.. so time nak masuk ke ekspo tersebut, bg yang belum berdaftar, kena daftar dulu.. di sbbkan kami dh ada no pendaftaran, kami boleh masuk terus after dptkan sticker pelawat di kaunter yang disediakan..

Banyak booth di sediakan..terdiri dari produk makanan, kesihatan, pakaian sampailah hiasan rumah..semua ada.. beli je yang mana berkenan.. tak cukup duit xpe, atm machine di sediakan di dalam ekspo tersbut..;p


Tapi sebelum tue, jom kita baca dulu apa itu Halal:

Halalan toyibban membawa maksud makanan yang dibenarkan atau diberi kebenaran untuk dimakan, bergantung kepada undang-undang Syariah selagi ianya selamat dan tidak memudaratkan. 

Haram atau tidak halal adalah berlawan dengan halal di mana ia bermaksud sesuatu yang dilarang atau ditegah. Sebarang makanan atau minuman yang berada dalam bahagian yang samar-samar dan tidak secara langsung berada dalam kategori Halal atau tidak Halal dikategorikan sebagai 'Syubhah', atau dikenali sebagai was-was atau disangsikan. Rasulullah SAW telah memberikan panduan berkenaan perkara-perkara Syubhah. Dari Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah dan Darimi r.a. berkata, Rasulullah bersabda:
Bermaksud:
Apa yang Halal adalah jelas. Apa yang Haram juga adalah jelas. Dan di antara keduanya ada perkara yang samar-samar yang kebanyakkan manusia tidak mengetahui. Maka barang siapa yang menjaga dirinya dari perkara yang samar, maka ia telah membersihkan kehormatannya (dari dosa). Barang siapa yang terjatuh dalam melakukan perkara samar, maka ia telah terjatuh dalam melakukan perkara yang Haram.



"Setiap Muslim diwajibkan memakan makanan yang Halal dan menggunakan produk-produk Halal kerana mereka bukan sekadar makan dan menggunakan barangan untuk keseronokan tetapi menjalankan kewajipan, tanggungjawab dan misi dalam dunia ini."



Menurut ajaran Islam, prinsip umum berkenaan makanan ialah semua adalah Halal kecuali kotoran (atau telah bercampur kotoran), memudaratkan dan memabukkan. Oleh itu, adalah wajib bagi seorang Muslim memakan makanan yang baik dan menyihatkan dan mengelakkan semua yang dilarang seperti yang telah disebutkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran. Penjelasan yang lebih terperinci tentang prinsip Halal dan Haram boleh dibaca dalam buku yang ditulis oleh tokoh Islam yang dihormati, Dr Yusuf al-Qaradawi iaitu "The Law and Prohibited in Islam".

Sumber-sumber halal yang bernyawa atau tidak bernyawa mempunyai pandangan yang berbeza oleh setiap Mazhab di dalam Islam (4 Mazhab Sunnah utama: Maliki, Hanafi, Hanbali dan Shafeii). Anda boleh dapatkan maklumat lanjut tentang isu ini dalam penerbitan yang bertajuk "Fiqh al-Islami wa adillatuhu (Dimashq, 1989) Vol. 3, oleh Al-Zuhayli, Wahbah. Tambahan lagi, keputusan tentang kehalalan sesuatu isu juga telah ditekankan di dalam fatwa sama ada dari Malaysia atau negara-negara lain.

Agama Islam telah memperkenalkan konsep penyembelihan, di mana haiwan-haiwan yang asalnya Halal hendaklah disembelih dengan betul terlebih dahulu sebelum dimakan. Perbuatan menyembelih ini adalah bagi memastikan daging yang disembelih berkualiti dan bagi mengelakkan pencemaran mikrob, yang mana secara asasnya meliputi bahagian toyibban dalam halalan toyibban. Sebagai contoh, haiwan yang mati tetapi tidak disembelih selalunya dikaitkan dengan penyakit. Kebanyakkan penyakit terhasil atau dibawa oleh darah haiwan. Oleh itu, tindakan menyembelih adalah untuk memastikan kesemua darah dikeringkan daripada badan haiwan, seterusnya meminimakan peluang dijangkiti mikrob. Ini bersesuaian dengan konsep keseluruhan kebersihan yang sering ditekankan dalam Islam. Selain daripada memastikan kebersihan makanan, Islam melarang penggunaan bahan-bahan yang memudaratkan kesihatan mental atau rohani seseorang, seperti penggunaan alkohol, dadah dan lain-lain. Memandangkan agama Islam sentiasa menggalakkan pengikutnya memilih makanan halal, baik dan bersih, kesedaran ini selalu disebarkan dalam komuniti-komuniti Islam. Kesedaran ini telah diperkukuhkan dengan ilmu yang tersebar luas, dengan memuji-muji kebaikan memakan makanan yang bersih dan halal, serta hubungannya dengan amalan ibadat seharian kita.

Selain memenuhi undang-undang Syariah, yang mana wajib bagi setiap umat Islam, keselamatan makanan memainkan peranan penting dalam menentukan toyibban, contohnya aspek kebaikan (selamat, bersih, berkhasiat, berkualiti) makanan tersebut.

"Bagi memastikan aspek-aspek tersebut tidak dipandang remeh, Malaysia telah menetapkan makanan Halal melalui MS1500:2004: Makanan Halal – Pengeluaran, Penyediaan, Pengurusan & Penstoran – Panduan kUmum (Rujukan Pertama) sebagai makanan yang dibenarkan di bawah undang-undang Syariah dan memenuhi syarat-syarat berikut."




  • Tidak mengandungi mana-mana bahagian atau produk haiwan yang tidak Halal kepada orang Islam atau produk haiwan yang tidak disembelih mengikut undang-undang Syariah.

  • Tidak mengandungi sebarang ramuan yang najis mengikut undang-undang Syariah.

  • Selamat dan tidak membahayakan.

  • Tidak disediakan, diproses atau dikeluarkan menggunakan alatan yang tercemar dengan najis (kotoran dan tidak bersih) mengikut undang-undang Syariah.

  • Makanan atau ramuan makanan tidak mengandungi mana-mana bahagian manusia atau penghasilan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang Syariah.

  • Dan semasa pembuatan, pemprosesan, pembungkusan, penstroran atau pengangkutan, makanan tersebut terasing secara fizikal dengan mana-mana makanan yang tidak mencapai syarat yang telah dinyatakan dalam a., b., c., d. atau e. atau sebarang benda lain yang telah dikelaskan sebagai najis (kotoran atau tidak bersih) oleh undang-undang Syariah.


Definisi ini jelas menunjukkan bahawa produk yang tidak selamat, memabukkan dan membahayakan tidak akan disahkan Halal di bawah Piawaian Malaysia.

Keselamatan makanan sentiasa menjadi faktor penting dalam pengeluaran makanan dan produk-produk boleh makan yang lain. Lebih daripada 200 penyakit berpunca daripada makanan telah dikesan dan jumlah ini adalah sangat tinggi jika pengeluar dan pembuat makanan tidak sedar tentang peningkatan jumlah tersebut. Panduan dan syarat ke atas keselamatan makanan telah dirangka di seluruh dunia untuk menyelesaikan isu ini. Organisasi-organisasi dan agensi seperti WHO, FAO, USFDA, EU dan juga Malaysia mempunyai panduan yang berlainan bagi memastikan aspek keselamatan makanan diberikan keutamaan.

Sumber: Isi kandungan daripada HALAL INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION (HDC)



Yang nie antara yang sempat kami tangkap kat ekspo tersebut....

Kami dah ada sticker...;)
Dengan mascot champs..
Mascot coolblog.. dah tak stabil plak kami tgk..hehe

Simply Siti pun join..time nie semua berkerumun nk tgkp gambar ngan Dato Siti..nak tgk dr jauh pun tak nampak..hehe..

Halal info center...

Kiosk yang menjual pelbagai coklat..kami tak beli pun sbb coklat beli dari Langkawi tempoh hari pun tak berusik lg dlm peti ais tue..
Karya Kufi..cantik2 semua nya..tp mahal plak.. kena kumpul duit lg nie...berminat boleh tgk fb mereka kat sini.. https://www.facebook.com/KufiStore
 



Kek lapis sarawak... 1 bungkus RM25.. 2 bungkus RM40.. so kami beli 2..macam2 perasan ada.. masam2 manis, tembikai, blueberry cheese, TV3 pun ada..
 

Yang cmnie sekotak RM19..sesuai utk di jadikan sourvenir..
Produk berasaskan Roselle.. Ada kordial, jus dan halba..  Sebotol kordial Roselle tue RM15.. kalau beli semua yang ada dlm bakul tue, ada sebotol kordial, 2 paket jus dan 2 paket halba RM20.. so kami amik yang RM20 tue la.. Roselle nie rasa ala2 air Ribena.. masam2 manis...sedap...
Nie sampel yang ada.. boleh cuba dulu bang..hehe..
Brahim's pun ada..di sebabkan kami mmg suka kari ayam dia, so kami beli la 3 kotak..sekotak RM5..kalau kat luar RM6.50..kat Tesco RM5.99 tak silap..so alang2 dah ada kat sini, beli je la terus...
Kat kiosk nie kami beli roti bom segera..sepaket RM7 ade 8 ketol.. makan dgn kari Brahim's td..
Antara produk yang mmg byk di promosikan kat Ekspo nie.. Acai Beri.. tp satu pun kami tak rasa sampel tue..hehe
Kiosk Minsyam.. ada jual olive lotion, kapsul habbatus sauda, kapsul minyak zaitun etc.. nk tau lebih lanjut pasal produk nie klik je link nie..  http://www.minsyam.com/v1/ ..
Salah satu produk Minsyam yang mmg kami guna..olive oil..sesuai utk melembapkan kulit...
 

Jeli halal pertama keluaran PERDA.. kenyal2 manis..dan berbau wangi.. kami beli  3 paket RM15.. boleh ngonyel2 time nonton movie...hehe..

Demo masakan dari Chef Wan dan Marsha...









Sebelum blk singgah kat The Mines shopping mall.. Makan2 kat Sakura Kristal, jalan2 lepas tue balik... 

The Mines shopping mall..  teringin nak naik bot tue tp rasa tak berbaloi pulak.. ;)




~TAMMAT~

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

4 comments:

  1. hala dan haram bab makan minum ni perlu dijaga betul2..hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sgt2..at the end apa yg di makan akan menjadi darah daging kita..

      Delete
  2. bestnya.. ritu tak sempat nak pergi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza...next year kalau ade lg make sure pergi tau..;) ley jmpe nnti..

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤