Ogy D Greenwood

Assalamualaikum readers..

 Azura...

Ada sinar di matamu
Lembut hatimu mesranya... sayang

Azura...
Senyummu ku terbayang
Tanpa mu ku sepi... rindu

Azura...
Kaulah sinar hidupku
Yang mengalirkan cinta
Di dalam jiwaku

Azura...
Kaulah sinar hidupku
Moga takdir menyatukan
Cinta kau dan aku
Azura...



Wah nyanyi gitu..tangkap leleh lak kali nie..hehe..


Ok bg peminat setia filem AZURA pasti kenal dengan pelakon atau pengacara yang kami maksudkan ini..baru2 nie pelakon tersebut telah pun membuka sebuah restoran makanan di Gombak..ade makanan Arab, western dan Thai..Latest menu is Nasi Beriani..

Jadi kami yang kuat makan nie pun terasa nak mencuba menu-menu yang di sediakan..lagipun office kami teramatlah dekat dengan restoran akak Azura kita nie. dengar citer sedap, so mesti kena try test..

Bagi readers yang teringin nak dtg ke restoran nie. senang jer.. Dari MRR2 amik je exit gombak/greenwood..restoran nie betul2 di jalan besar greenwood dan berhadapan dengan perhentian bas greenwood..

Time kami datang dlm pkl 8.00 mlm, pelanggan masih xramai..tp xlama lepas tue kerusi2 mulai penuh..xcukup tgn la kami tfk staff kat situ..mungkin penangan rancangan Melodi yang mempromosikan restoran tersebut..

Restoran ini berkonsepkan warna hijau dan coklat..sgt kena dengan perkataan Greenwood itu sendiri..hijau utk green..dan coklat utk wood..kelas kau jah..restoran ini terbahagi kpd 4 bahagian..satu bahagian di atas stage ade bilik besar bertutup utk tujuan private function, satu atas stage bahagian depan utk pelanggan yang dtg dlm kuantiti yang ramai, satu di bawah stage dan satu lg bahagian di luar di bawah payung2..tuk couple2 sesuai la..

So jom enjoy gambar-gambar yang sempat kami snap nie.. 

Pintu masuk..dari jauh dah boleh nampak u oll..
Nie dia Akak Azura kita..
Thai food..Ala Carte..

Western Food..
Arabian food..
Bahagian atas stage..we oll suka dgn deco kt atas tue..chomel tau..
Candle light as a table deco..



Pilih jgn xpilih..tepuk perut tanya la anak tekak..hehe

Lapor...lapor..lapor...
Khabsah Chicken..we tell u..lain dr yang lain..MUST TRY!!
Spaghetti bolognaise..Ok la..

Fish and Chip..pun ok la..
Nasi Goreng daging merah..Quite nice..
Cashier and bahagian air..


Last but not least...

We oll dgn Akak Azura yang havoc sgt..




Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

2 comments:

  1. Kabsah Chicken memang terbaekkkk.. Menurut owner Restoran Ogy D' Greenwood, Kak Ogy, tukang masaknya dibawa masuk dari Palestin.. Cuma citarasa nasi ini dipadankan dengan citarasa masakan Malaysia..

    Lain dari yang lain.. Mesti cuba.. Jangan lupa baca Bismillah sebelum makan :)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul.. next time dtg kena try dia punya beriani plak..

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤