D' Lepoh

Assalamualaikum readers..

Berkelah, memancing, berendam dalam sungai, berBBQ, etc..
Idea kawan2 ayah dan mak.. so kami sebagai anak2 kena la ikut.. ok ape..pergi berkelah.. dah lama rasanya kami xberkelah bersama2..

Semua rancangan di atur oleh geng2 makcik kepochi..kami just follow and bayar ape2 yang patut.. lagi senang kan..

Kebetulan time kami datang tue tengah musim durian..memang cun sangat2..pokcik2 tue sudah order satu bakul besar durian untuk di jamah..rm100 je harga dia..murah kan???

So aktiviti kami kat sana... makan, berendam, memancing..makan,berendam, makan, tido..memang banyak syok.. tempat pun aman.. di kelilingi hutan-hutan yang masih belum di jamah oleh aktiviti pembalakan..di alunkan dengan bunyi air sungai yang mengalir tanpa lesu.. pergh berpuitis la plak..;p

Chalet yang disediakan memang khas untuk tido je..tv tara..music tara..tenet pun tara..air direct guna air sungai..xmenggigil ko di buatnya.. tempat BBQ semua disediakan..bayar je yang tinggal..

Malam suasana memang gelap gelita..bagi kaki pancing, gelap2 tue xjadi hal la..lagi2 Wak Ery..janji dapat memancing dah kira puas dah.. ikan talapia berkilo2 kami dapat..free je wei..best kan?? xcaya?? tolongla percaya...



Nampak cam biasa je kan..tp percayalah..port berendam plg best..

Pondok2 kecik di sediakan bagi yang datang berkelah balik hari..




Wak Ery survey port memancing..

Aktiviti berendam pun bermula..

rm100 sebakul nie..makan sampai lebam..

BBQ berlarutan sampai malam..

Amek ko..seminggu punya stok..


Another part of sungai untuk berendam..

Sangat best rupanya memancing nie kan..especially bila umpan mengena..tapi bila part menunggu tue yang mencabar kesabaran..sekali sekala boleh la..kalau selalu, boleh kena darah tinggi kot..hehe...



~TAMMAT~

Ana Suhana

‪Life comes with both happiness and sadness. Learn to be patient when sad and grateful when happy. He will reward you and elevate your status

2 comments:

  1. Durian tu sha dengki...
    Tak dapat dah RM100 sebakul.. Wargh... jelesnya Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg mana nak dapat sha. 4-5 biji pun dah nak dekat rm100 juga skrg ni 😅

      Delete

Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa

Terima kasih pada yang sudi tinggalkan jejak di sini. InsyaAllah sis akan membalas kunjungan anda semua ❤